in

“Minat pada bunga, selamatkan anjing” – Saintis Keliru ‘Perangai’ Buaya Di India

Ft Buaya Mugger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para saintis di India sedang melakukan pemerhatian terhadap satu spesis buaya air tawar iaitu Crocodylus palustris atau dikenali sebagai mugger crocodile yang menunjukkan kelakuan yang pelik.

Tidak seperti buaya lain, buaya ini dikatakan lebih ‘bijak’ berbanding di tempat lain kerana pernah dilihat menggunakan kayu sebagai umpan untuk mendapatkan burung heron, memburu secara berkumpulan, lebih tertarik kepada bunga dan dilaporkan baru-baru ini menyelamatkan seekor anjing yang terjun ke dalam sungai.


Menurut kajian yang dilakukan, para saintis di sana mendakwa buaya yang menjadikan Sungai Savitri di Maharashtra sebagai habitat ini lebih maju secara kognitif berbanding buaya lain.

Screenshot 2023 09 21 110601

Pun begitu, dakwaan tersebut disangkal oleh pakar biologi, Duncan Leitch, yang berpendapat buaya merupakan spesis haiwan yang mempunyai kelakuan yang sukar dijangka. Beliau berkata demikian selepas diminta untuk memberikan buah fikirannya tentang rakaman yang menunjukkan buaya mugger tersebut berenang dalam bulatan dan seterusnya mengepung ikan secara berkumpulan sebelum memakannya.

Dalam kajian yang sama, buaya ini didakwa menggunakan kayu untuk dijadikan umpan untuk menangkap burung yang mencari makanan di gigi air dan membina sarang mereka menggunakan kayu.Ini bukanlah kali pertama buaya didapati menggunakan kayu sebagai umpan untuk mendapatkan mangsanya kerana ada beberapa kejadian yang sama pernah dikongsikan menerusi satu laporan pada tahun 2013.

Artikel berkaitan : “Buaya Pahang Tak Baham Orang” – Lelaki Kongsi Kisah Perjanjian Antara Buaya Dan Pawang Kadir

Artikel berkaitan : Disebalik Kematian Steve Irwin, Lagenda ‘The Crocodile Hunter’ Yang Mati Kerana Ekor Ikan Pari

Selain itu, buaya mugger ini juga dilaporkan berminat dengan bunga yang dijatuhkan ke dalam sungai. Menurut para pengkaji, ia mungkin disebabkan warna dan kelebihan anti-bakteria yang ada pada bunga marigold tersebut.

Image 2023 09 21 111037683

Di samping itu, buaya mugger ini dikatakan mempunyai sifat empati kerana membantu seekor anjing yang melompat masuk ke sungai kerana dikejar anjing lain. Menurut laporan, tiga ekor buaya yang berada di tempat anjing tersebut terjun bertindak untuk menolak anjing tersebut ke tepi dan bukan menjadikannya sebagai makanan.

Buaya-buaya tersebut juga didapati telah menolak anjing itu ke tebing sungai menggunakan hidung mereka dan ‘mengawalnya’ daripada serangan anjing lain.

Menurut Leich, kajian lanjut harus dilaksanakan kerana apa yang ditulis pada hasil kajian tersebut hanyalah berbentuk anekdot dan berkemungkinan ianya hanyalah sangkaan sahaja.

Sumber : Live Science

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.