in

Minah-minah Salleh Berdikir Barat, Netizen Puji Aktiviti Unik Sambutan Hari Malaysia

Omputeh Nyanyi Dikir Barat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bangganya bila dapat mempopularkan budaya negara kita ke pelancong luar negara, kan? Inilah yang admin rasakan apabila lihat satu video yang sedang tular di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan @anishahira22, kelihatan sekumpulan pelancong luar negara sedang teruja menyanyikan lagu dikir barat sambil melakukan pergerakannya.


@anishahira22

Minah2 Salleh Dikir Barat 😂 . Bukan main semangat lagi . Nnti kita up lagi sebelum dorang naik atas pentas . Siap joget lagi mula2 tengok dari bawah pentas 😅#dikirbarat #dataranmerdeka #minahsalleh

♬ bunyi asal – ASYRAF – ASYRAF

Video ini dipercayai dirakam ketika sambutan Hari Malaysia baru-baru ini di Padang Merdeka.

Di sana, ada pelbagai aktiviti diadakan dari 14 hingga 16 September lalu seperti Kuala Lumpur Drum & Dance Festival, Festival Permainan Malaysia dan Gema Selawat Kuala Lumpur.

Dikongsikan juga video sebelum pelancong-pelancong berkenaan naik ke atas pentas, di mana mereka dillihat sedang seronok berjoget mengikut alunan lagu dikir barat yang sedang dinyanyikan.

@anishahira22

Membalas kepada @(M-K) Part 2 sebelum minah salleh dijemput naik pentas . Siap joget lagi ramai2 . Apa2 terbaik semoga dikir dikenali seluruh dunia

♬ bunyi asal – ASYRAF – ASYRAF

“Patut ishowspeed tengok benda ni, bukannya pergi Bukit Bintang” 

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang bangga melihat lagu dikir barat ‘mendunia’ di kalangan pelancong luar.

Malah ada juga yang meluahkan kekesalan mengapa iShowSpeed, streamer terkenal tidak dibawa ke acara sebegini untuk memperkenalkan negara kita.

Bangganya

Seronoklah tengok dorang dikir barat! 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.