Shridhar Chillal, seorang lelaki dari India memecah rekod dunia sebagai pemilik kuku paling panjang di dunia. Nama lelaki ini diletakkan dalam Ripley’s Believe It or Not! sebagai salah seorang individu yang memiliki rekod mengagumkan.
Menurut rekod, Shridhar telah menyimpan kukunya selama 66 tahun, semenjak dari tahun 1952 lagi. Semenjak dari itu, beliau tidak pernah memotong kuku yang dikatakan sepanjang sebuah bus di London.
Bela kuku kerana pernah dimarahi guru
Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, Shridhar menceritakan satu insiden yang membuatkan beliau nekad untuk menyimpan kuku sepanjang ini.
Pada zaman persekolahan, Shridhar pernah dimarahi oleh seorang guru kerana pada ketika itu beliau tidak sengaja mematahkan kuku panjang milik guru itu.
Guru itu memarahi beliau dan berkata, Shridhar tidak akan pernah faham apa yang dilakukannya kerana beliau tidak pernah fokus dan memberi komitmen terhadap sesuatu perkara. Semenjak itu, Shridhar membuat keputusan untuk menyahut cabaran guru itu dan membela kuku pada tangan kirinya.
Kehidupan terganggu
Shridhar hanya menyimpan kuku pada tangan kirinya, manakala kuku pada tangan kanan akan dipotong untuk memudahkan urusan harian. Namun selepas kuku pada tangan kiri menjadi terlalu panjang dan berat, dia tidak mampu untuk menggunakan tangan kiri seperti orang biasa. Kesannya, tangan kiri beliau seolah-olah tidak wujud kerana tidak dapat digunakan.
Bagaimanapun, rutin harian lelaki ini sedikit terjejas apabila beliau perlu bangun pada setiap jam ketika tidur hanya untuk membetulkan posisi tangan. Jelas beliau, ini perlu dilakukan untuk menjaga kuku daripada rosak.
Kuku disimpan dalam muzium
Pada tahun 2018, Shridhar telah diterbangkan dari India oleh pihak Muzium Ripley’s Believe It or Not! untuk acara memotong kuku.
Hasilnya, kuku tersebut telah disimpan di muzium itu, dan dikatakan jumlah panjang kuku lelaki ini bersamaan dengan panjang sebuah bas di London.
Rekod panjang kuku
Jari kelingking: 179.1 cm
Jari manis: 181.6 cm
Jari tengah: 186.6 cm
Jari telunjuk: 164.5 cm
Ibu jari: 197.8 cm
Sumber: The Hindu Business Line, Guinness World Record
BACA: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum