in

Miliki Darah Paling Rare, Wanita Malaysia Ini Antara 43 Orang Di Dunia Mempunyai Kumpulan Darah Rhnull

F3 Darah Rhnull

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui terdapat beberapa kumpulan utama darah iaitu darah jenis A, B, AB dan O. Ianya ditentukan oleh genetik yang kita warisi daripada ibu bapa.


Namun, tahukah anda ada sebuah kumpulan darah yang jarang ditemui di dunia yang dikenali sebagai Rhnull dan setakat ini, hanya ada 43 orang sahaja di seluruh dunia yang memiliki darah tersebut?

Memetik perkongsian daripada Facebook Derma Darah Terengganu Kite baru-baru ini, di Malaysia pula, hanya ada seorang sahaja rakyat kita yang mempunyai darah jenis itu.

The Golden Blood.The rarest blood type in the world.Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah…

Posted by Derma Darah Terengganu Kite on Thursday, November 25, 2021

Dalam perkongsian itu, difahamkan, darah yang didermakan oleh wanita dengan darah Rhnull itu akan disejuk bekukan dan disimpan dalam peti nitrogen selama 10 tahun setelah dihantar ke Pusat Darah Negara.

Darah tersebut akan dicairkan semula nanti pada masa hadapan jika ada sesiapa yang turut memiliki darah jenis itu memerlukannya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya dan beranggapan bahawa kalau di Malaysia ni hanya ada seorang je individu dengan darah ni, darah yang diderma tu nanti mungkin tak akan digunakan.

Ha, tanggapan korang tu salah sebenarnya. Walaupun mungkin tak ada individu lain yang perlukan darah itu, ia tetap berguna sebab darah Rhnull itu mungkin diperlukan oleh penderma itu sendiri suatu hari nanti.

Darah Rhnull 3
Gambar sekadar hiasan

Kiranya, wanita ini akan dapat darah yang didermakannya sendiri jika berlaku kes kecemasan terhadap dirinya.

Jika korang nak faham dengan lebih lanjut tentang darah Rhnull yang turut dikenali sebagai darah emas ini, boleh baca perkongsian netizen-netizen lain di thread Twitter berikut.

Selain itu, rancangan drama bersiri popular Grey’s Anatomy juga pernah mengisahkan tentang seorang pesakit yang memiliki kumpulan darah rare seperti ini. Boleh tonton drama ini pada episod 24, musim ke 15.

Difahamkan juga, individu dengan jenis darah yang jarang ditemui ini memiliki darah tersebut kerana berlakunya mutasi gen.

Unik dan hebatnya ciptaan tuhan kan.  

Baca: “Kalau hospital nak darah jangan derma, jual 1 beg RM1,000…”

Darah Rhnull 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.