in

“Bukannya boleh transfer iman” – Pendakwah Terkenal Indonesia Dikecam Sebab Hanya Terima Darah Hafiz Al-Quran

Yusuf Mansur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pendakwah terkenal Indonesia menerima kecaman hebat daripada netizen di negara jiran susulan hanya memilih darah daripada penderma hafiz al-Quran.



Yusuf Mansur 1 169 E1627178242927

Pendakwah terbabit, Yusuf Mansur sebelum ini dirawat di Hospital Pusat Angkatan Darat (RSPAD) Gatot Soebroto, Jakarta kerana paras hemoglobin dan tekanan darahnya rendah, lapor portal suaramalang.id.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan beliau pada Khamis, 22 Julai lalu, beliau akan memilih empat orang yang terbaik daripada 10 orang penderma untuk melakukan transfusi darah. Sambung beliau, calon-calon yang dipilihnya adalah penghafal al-Quran.

“Barisan pendonor yang soleh-soleh dah siap diproses dan discreening pagi ini di RSPAD. Alhamdulillaah ada 10 orang yang disiapkan. Nanti 4 yang diambil yang terbaik dan yang paling pas. Semuanya penghafal-penghapal Qur’an terbaik kelas dunia,”

“Boleh pulak main pilih-pilih penderma”- Netizen Indonesia.

Pilih Darah E1627178299918

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikongsikan Yusuf Mansur menerusi laman sosial Instagramnya itu dikecam ramai pihak yang menyifatkannya sombong kerana hanya memilih orang alim sahaja untuk menderma darah buatnya.

“Transfusi darah saja pilih-pilih yang seiman, emang nggak mau darah dari yang beda keyakinan ya,” tulis netizen Indonesia.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pengguna laman sosial yang merasakan kenyataan Yusuf Mansur itu kelakar kerana menurutnya, transfusi darah tidak bermakna si penerimanya akan turut menerima segala bakat dan kebolehan si penderma.

“Donor darah vs donor otak. Dalam transfusi darah, obyek yg didonorkan adalah butir-butir darah. Ini tidak akan memindahkan kesadaran transenden maupun kemampuan kognitif dari pendonor kepada resipien, kecuali obyek yg didonorkan adalah organ otak, namanya transplantasi.”

Rata-rata komentar yang ditulis di laman Instagram Yusuf Mansur juga menyelar tindakan pendakwah itu yang mahu memilih penderma darah sedangkan kondisinya agak serius.

“Berikhtiar utk sembuh kok pilih2? Ini bukti org yg sombong. Padahal calon pendonor adalah salah satu alat dari Allah SWT utk menyembuhkannya. Rahmat Allah SWT sangat luas. Dia bisa menyembuhkan kita lewat cara apa saja,”

987486 720 E1627178379963

Sementara itu, dalam satu posting lain, pendakwah terbabit memaklumkan salah seorang penderma yang dipilihnya adalah Syeikh Baleid, seorang hafiz dari Maghribi.

Terang Yusuf Mansur lagi, pihak hospital yang memberikan kebenaran kepada dirinya untuk memilih sesiapa saja yang boleh menderma darah untuknya. Jadi, beliau memilih Syeikh Baleid dan tiga lagi rakannya yang lain sebagai penderma.

“Darah orang soleh, orang baik-baik, yang luar biasa, tentu akan jadi sesuatu yang berpengaruh sekali dalam hidup saya. Sebab pasti setiap sel ada memorinya, ada kenangannya,” kata Yusuf Mansur.

Sumber: suarajatim.id

Baca: “Dunia akhir zaman fitnah merata” – #protectustazkazimelias Trending di Media Sosial Gara-gara Ada Netizen Kecam Tak Habis ‘Hafal’ Al-Quran

Collage 47 E1627178062349

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.