in

MET Malaysia Ramal Cuaca Kering Hingga Mac, Semua Dinasihat Jimat Penggunaan Air

Untitled Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perasan tak, sekarang ni cuaca panas kering? Berangin, panas dan kering. Tu belum masuk waktu malam, membahang hanya tuhan yang tau perasaan ni. Rasa nak berendam dalam tong air je.


Sebenarnya, kita berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut  yang dijangka berakhir pada Mac ini. Mengikut kenyataan yang dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, tempoh penghujung musim ini adalah tempoh berkurangnya taburan hujan di seluruh negara — kecuali Sabah dan Sarawak.

Metmsia1

Jadi, itulah sebabnya kenapa kita berdepan cuaca panas kering sekarang ni. Tengok langit pun membiru je takda awan sangat.

Kenyataan itu juga turut menasihatkan orang ramai agar menjimatkan penggunaan air kerana jumlah paras air di empangan-empangan berkurangan berbanding biasa.

Selain itu, elakkan daripada melakukan sebarang pembakaran terbuka sebab cuaca panas macam ni memang memudahkan kebakaran merebak dengan pantas. Bahaya tu, tengok apa jadi dekat Australia sekarang?

So, korang ikut nasihat yang dikeluarkan agensi-agensi kerajaan ye kerana ia bertujuan memudahkan kehidupan kita semua. Jaga diri guys!

 

Baca: “Manusia boleh kawal cuaca” – 4 Ramalan Pelik Yang Didakwa Akan Berlaku Pada Tahun 2020

Featured 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.