in

Mesyuarat UMNO di Lahad Datu Kecoh, Penyokong Bergaduh Sesama Sendiri

Mesyuarat Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, mesyuarat UMNO di Lahad Datu hari ini dicemari dengan insiden pergaduhan.


Menurut sebuah video yang tular di media sosial, kekecohan tersebut berlaku akibat provokasi daripada segelintir penyokong-penyokong calon yang bertanding dalam Pemilihan UMNO berkenaan.

Berdasarkan video yang tular, ketika Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun berucap, terdapat penyokong yang tidak berpuas hati menceroboh menaiki pentas. Kemudiannya, semakin ramai penyokong menaiki pentas sehingga berlakunya pergaduhan.

Menurut, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah, beliau mengesahkan kejadian itu dan berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Menurut laporan Astro Awani, pergaduhan di Dewan Sri Perdana di Lahad Datu itu berpunca daripada provokasi segelintir penyokong calon yang bertanding dalam pemilihan Umno hari ini.

Mesyuarat Umno
Kredit gambar: sinar harian

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kekecohan bermotif provokasi hingga menimbulkan pergaduhan. Polis dapat mengawal keadaan dan menghentikan perhimpunan berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.”

Apalah agaknya yang berlaku sampai bertumbuk ya?

Sumber: Berita Harian

Baca: Anak-anak Ahli Politik Beraksi, Yana Najib & Nurul Zahid Menang Jawatan EXCO UMNO

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.