in

“Mesej maki ni ditujukan untuk orang macam kau!” – [VIDEO] Diva AA Buat Kolaborasi Dengan PDRM, ‘Sound’ Individu Langgar SOP

Fi Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja tak yang tak kenal dengan selebriti bermulut ‘laser’ Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama Diva AA.


Seorang yang lantang dan tidak takut untuk menyuarakan pandangannya tentang apa-apa isu terjadi. Sebelum ini Diva AA turut menegur segelintir selebriti yang didakwa tak mematuhi SOP dengan kesalahan merentas negeri dan banyak lagi.

 

Kolaborasi dengan PDRM.. Bagi komen pedas

Terbaru, pengacara berusia 55 tahun itu dikatakan menjalinkan kolaborasi bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan tujuan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang tempoh lockdown ini.

Aa 2

Video kolaborasi tersebut terbahagi kepada dua bahagian, dan bahagian pertama bertajuk ‘Perutusan Khas COVID-19 Diva AA’ telah dimuat naik di akaun Youtube milik PDRM semalam.

Dalam video tersebut, Diva AA dilihat betul-betul memberi teguran dan peringatan ‘pedas’ kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia juga menyuruh kepada semua untuk melihat dan mendengar segala pesanan yang diberi.

“Diva AA kolaborasi dengan PDRM tengah viral kasi melutup ditujukan khas buat berbilion-bilion followers, khasnya rakyat Malaysia yang degil, buta hati, tak reti bahasa!”

Selain itu, selebriti tersebut turut memberi komen kepada sesetengah golongan yang sengaja menipu pihak polis kerana kepentingan sendiri. Dia yang turut risau kerana perkara ini boleh menyebabkan jangkitan Covid 19 ini lebih berleluasa.

 

Walaupun cara dia kelihatan kasar, tapi kita ambil mesej yang nak disampaikan dan hadam betul-betul. Kes harian makin hari makin meningkat, sama-sama kita renungkan.

Sumber : Youtube 

 

Baca : “Kau ingat kau kayangan sangat? Melampau!”  – [VIDEO] Netizen Sokong Azwan Ali Sound Neelofa, Mahu Disumbat Penjara

Foot Aa

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.