Nama Neelofa sekali lagi menjadi sebutan ramai selepas dia didakwa menyambut Syawal baru-baru ini bersama ahli keluarganya. Melalui sebuah video yang dimuat naik kakaknya, Noor Nabila (namun telah dipadam) keluarga itu yang dikatakan tidak tinggal bersama didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana ziarah serta beraya bersama.
Lebih membuatkan rakyat berasa marah kerana selebriti itu telah melanggar SOP yang ditetapkan lebih daripada 2 kali. Melalui Twitter, seorang netizen ada menyenaraikan kesalahan melanggar SOP yang telah dilakukan isteri PU Riz itu.
Rakyat berasa terkilan dan marah kerana menurut mereka isu ‘double standards’ dalam kalangan VIP serta golongan T20 semakin obvious. Malah, kini ada petition yang dibuat bagi menuntut agar Neelofa dikenakan hukuman penjara kerana telah melanggar undang-undang banyak kali.
Azwan Ali ‘sound’, netizen sokong
Sementara itu, video temu bual wartawan bersama Azwan Ali menjadi viral di Twitter dan ramai netizen menyokong apa dikatakan selebriti berusia 55 tahun itu. Melalui video dari mStar itu, Azwan yang terkenal dengan panggilan Diva AA itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Neelofa.
Dengan nada yang tegas dan serious, Azwan turut meluahkan rasa marahnya terhadap selebriti tersebut yang disifatkan sebagai angkuh dan sengaja melanggar SOP.
Kau ingat kau kayangan sangat? Kau against the law, kalau sekali aku boleh maafkan. Dua kali pun aku boleh terima lagi. Ini dah melampau-lampau!”
That shows how idiot you are!”
“Berapa ramai orang lain berendam air mata, kubur pun tak boleh nak pergi”
Azwan turut membangkitkan isu serta nasib orang lain yang terpaksa menahan kesedihan tidak dapat bersama keluarga, malah melawat kubur sekalipun tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Kau tak tau berapa ramai berendam air mata tak boleh melawat (keluarga)? Kubur pun tak boleh pergi.”
Kerana kau macam-macam peraturan baru dikeluarkan. Kau menggeletis, show off macam kau bangga sangat beraya dengan keturunan kau.”
Kau sengaja sebab kau ingat boleh bayar kompaun kan? Kau yakin tak akan dipenjarakan kan?”
Tonton video di bawah: