Filem kontroversi ‘La Luna’ yang kecoh kebelakangan ini gara-gara jalan ceritanya yang dikatakan liberal oleh sesetengah pihak sehinggakan ada agamawan yang turut memberi pandangan mereka di media sosial.
Pun begitu, salah seorang pelakon filem tersebut iaitu Shaheizy Sam beranggapan setiap orang mempunyai hak untuk memberikan pandangan tentang filem tersebut.
Tak tahu niat asal masing-masing
Dia berpendapat, sesiapa sahaja boleh mengkritik tentang filem lakonannya itu baik orang awam ataupun pendakwah kerana niat asal seseorang itu hanya diketahui oleh Allah SWT.
Saya rasa pandangan manusia berbeza-beza, ustaz atau pendakwah pun ada pandangan yang berbeza. Jadi pandangan siapa yang kita nak ambil? Kalau bercakap mengenai niat.. kita buat sesuatu benda hanya Allah yang tahu niat kita.
Sam yang tidak mahu mengeluarkan apa-apa komen tentang kontroversi yang berlaku hanya menerima pandangan orang lain sekiranya mahu kaitan filem itu dengan diri sendiri ataupun agama.
Sebab itu saya tak nak bagi komen sedangkan saya sudah tahu sebab saya ambil cerita tu. Semuanya berbalik kepada manusia itu sendiri nak kaitkan dengan orang, diri sendiri, agama itu hak masing-masing. Saya terima pandangan orang.
Dah tanya ustaz di Makkah, mereka cakap..
Dalam pada itu, Sam yang baru sahaja pulang dari tanah suci baru-baru ini juga sempat bertanya pendapat beberapa ustaz di Tanah Suci dan masing-masing mempunyai pandangan berbeza.
Artikel berkaitan: “Subtext filem ada elemen hina agama” – Filem La Luna Jadi Sebutan, Terima Reaksi Pelbagai Dari Netizen
Artikel berkaitan: “Ini cerita tentang istilah penunggang agama” – Pengarah Nafi Filem La Luna Hina Islam
Saya ada borak dengan ustaz di Makkah sebab waktu itu saya berada di sana. Mereka sudah tengok.. mereka kata tiada apa. Sebab itu saya cakap ada ustaz berkongsi pandangan dia.. ada juga yang bersama-sama saya.
Sam tidak mahu memberi pandangannya kerana risau ia tidak boleh diterima oleh beberapa individu. Jadi, dia berserah sahaja dengan kata-kata orang mengenai hukum filem tersebut.
Rasa selamat filem tu ada kelulusan LPF
Katanya, dia berasa selamat kerana filem ‘La Luna’ sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan kepada umum. Dia juga menafikan mahu mengetepikan agama tetapi jalan cerita filem itu seronok untuk ditonton.
Sebab fikiran saya tidak pergi ke liberal atau mengetepikan agama. Saya beragama Islam dan saya tak rasa saya liberal tapi apa-apa pun berbalik pandangan masing-masing.
Walau bagaimanapun, Sam mengakui filem ‘La Luna’ adalah salah satu cerita yang digemari namun masih lagi meletakkan syarat dan mengkaji terlebih dahulu watak yang akan dibawa sebelum menerima apa-apa tawaran berlakon.
Terus terang saya kata kalau benda-benda (babak tak sepatutnya) macam tu saya pun segan. Sebagai seorang pelakon dan juga orang Islam, saya ada garis panduan saya. Kita bukan orang pandai dalam agama, jadi saya punya kajian dalam sesuatu filem itu hanya pelakon.
Sekadar info, filem ‘La Luna’ mengisahkan tentang seorang wanita (Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam di sebuah kampung dan di situ, dia bertemu dengan seorang polis (Shaheizy Sam). Sejak kedai itu dibuka, ketua kampung (Wan Hanafi Su) tersebut mahu memusnahkannya dengan apa cara sekalipun.
Sumber: mStar