in

Menyesal Hantar Gambar Bogel Pada Ex Boyfriend

Girl Selfie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu tengah bercinta semuanya kelihatan indah. Maklumlah, hati tengah berbunga-bunga.


Tak salah kalau sayangkan pasangan masing-masing tapi tolong jangan sampai bertindak melulu!

Menerusi laporan The Star, seorang gadis kini terpaksa berdepan ketakutan dan perasaan malu atas kesilapannya memberikan 20 gambar bogel kepada bekas teman lelaki.

Coey, 21, berkata mereka berpisah selepas kedua-duanya tiada persefahaman sebaik saja tamat belajar.

 

Maxresdefault 2
sumber: youtube

 

“Saya sangat menyayanginya dan itulah sebab saya menghantar gambar bogel”

Selepas berpisah pada awal tahun ini, bekas teman lelaki mangsa, Govan, bertindak mengugut untuk sebarkan gambar bogel Coey bagi memaksa dia kembali bersama.

Coey tak pedulikan permintaan Govan sebab tak nak teruskan hubungan.

Bagaimanapun, perkara ni jadi lagi buruk apabila dua kawan Coey memberitahu ada pengguna Facebook terjumpa gambar separuh bogelnya!

Sumber: YouTube

“Saya sangat menyayanginya dan itulah sebab saya menghantar gambar bogel walaupun kami menjalinkan hubungan jarak jauh. Saya kemudian meminta dia memadamkan foto itu.

Dia (bekas teman lelaki) mengugut untuk membunuh diri dan menghantar saya gambar pil tidur.”

sumber: youtube

Walaupun begitu, Coey mengakui kesilapannya dan menyesal dengan apa yang dah jadi lalu meminta pertolongan daripada Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA.

Pada pasangan bercinta di luar sana, ingat-ingatlah. Selagi belum ada ikatan sah, jangan memandai-mandai menghantar gambar atau membuat perkara bukan-bukan ye!

Baca: Gambar Bogel Anak Rozita Che Wan Tersebar?

Bogel Ammar

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.