in

“Menyeramkan!” – Ini 7 Objek Paling Berhantu Dalam Dunia

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ni, bukan saja manusia yang hidup malah, terdapat juga makhluk ghaib seperti jin dan hantu yang berada di sekeliling kita. Untuk pengetahuan korang, ‘mereka’ ni ada kebolehan untuk menduduki sesuatu objek atau benda yang biasa kita nampak seharian.


Jadi, untuk artikel kali ni, min nak cerita pada korang tentang tujuh objek paling berhantu yang pernah wujud dalam dunia.

1. Berlian Harapan

Aa1L93Rr

Walaupun bernama ‘harapan’, berlian ni menyimpan seribu satu malang yang terjadi kepada pemiliknya. Ia merupakan berlian besar yang berwarna biru dan berasal dari perlombongan di India. Dikatakan, objek ini telah dicuri daripada mata sebuah patung pada abad ke-18.

Sejak dari itu, berlian ni ibarat disumpah apabila pemakainya mengalami banyak nasib tak baik seperti dibunuh, dihukum mati, kemuflisan dan bunuh diri. Malah, ada juga yang diserang oleh sekumpulan anjing sampai meninggal dunia.

Ia juga pernah disimpan dalam Muzium Sejarah Alam Negara Smithsonian, Amerika Syarikat namun telah berpindah tempat pada 1958. Sejak itu, sumpahan berlian ini dikatakan telah terlerai.

Artikel berkaitan: 7 Rumah Berhantu Di Seluruh Dunia & Apa Yang Berlaku Sebenarnya

2. Kereta James Dean

Aa1L9Djl

Bagi siapa yang tak tahu, James Dean ni merupakan bintang filem terkenal pada masa dulu. Malangnya, umurnya tak panjang apabila terlibat dalam kemalangan jiwa sewaktu memandu kenderaan miliknya iaitu Porsche 550 Spyder ketika berusia 24 tahun.

Sejak itu, bahagian-bahagian keretanya telah dipakai semula oleh kenderaan lain yang juga menyebabkan malapetaka berlaku. Sebagai contoh, beberapa bahagian keretanya telah diambil oleh dua orang pemilik kenderaan lumba iaitu William Eschrich dan Troy McHenry.

Dalam satu perlumbaan yang berlangsung, mereka telah terlibat dalam kemalangan kereta yang meragut nyawa Troy. Dari itu, orang mula percaya punca kejadian adalah disebabkan bahagian daripada kereta James Dean yang dikatakan mempunyai sumpahan.

3. Tentera Terracotta

1683961949

Pada awalnya, patung tentera Terracotta yang berasal dari China ni bertujuan untuk melindungi maharaja pertama negara itu, Qin Shi Huang Di. Ia dibuat sekitar lapan ribu buah dan telah hilang selama beribu tahun namun, telah dijumpai oleh peladang tempatan di sebuah kampung pada tahun 1974.

Orang kampung di sana menganggap bahawa penemuan tentera yang ditanam bawah tanah ini adalah musibah buruk. Sangkaan mereka tepat apabila seluruh perkampungan mereka telah diruntuhkan untuk membina perkampungan baru khas untuk tentera ni.

4. Patung Annabelle

Annabelle At The Warren Museum

Satu dunia dah tahu tentang kisah menakutkan di sebalik patung ini yang ditayangkan dalam filem-filem The Conjuring. Apa yang seramnya, movie dalam francais tersebut adalah berdasarkan kisah benar yang terjadi pada pasangan penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.

Menurut legenda, patung ni telah diberikan kepada seorang pelajar jururawat sekitar tahun 1970-an. Akan tetapi, patung itu dikatakan telah dirasuk oleh roh seorang budak perempuan bernama Annabelle yang bertindak ganas terhadap pemiliknya.

Setelah beberapa kes paranormal menghantui pemilik patung ini, akhirnya syaitan yang menghuni ‘Annabelle’ telah berjaya ‘dijinakkan’ oleh pasangan tersebut. Sehingga kini, patung tersebut masih wujud di muzium berhantu milik mereka.

Artikel berkaitan: “Jangan tenung lama sangat” – Kisah Seram Disebalik 3 Lukisan Yang Didakwa Berhantu & Telah Disumpah!

5. Sumpahan Nombor Telefon

Man Talking On The Phone 1582238 1280

Sangat menakutkan apabila telefon yang selalu kita guna pun boleh menjadi sebuah objek berhantu dan mempunyai sumpahan. Kejadian ini berlaku di Bulgaria di mana kesemua pemilik nombor telefon, +359 888 888 888 telah dilaporkan mati secara ngeri.

Pada awalnya, sumpahan itu dikatakan meragut nyawa CEO syarikat nombor telefon itu sendiri iaitu Vladimir Grashnov pada 2001. Tidak berhenti di situ saja, sumpahan itu terjadi pula pada seorang bos jenayah dan seorang ahli perniagaan yang mati dibunuh. Akhirnya, nombor tersebut telah ditamatkan pada 2010 setelah ia dikatakan membawa bala kepada pemiliknya.

6. Mumia Yang Malang

Unlucky Mummy Curse British Museum Amen Ra Ancient Egypt Ps

Daripada namanya pun korang dah tahu yang ianya membawa malang. Tudung keranda Mesir yang terkenal ini dipercayai telah mula menjadi barang jualan pada tahun 1800-an. Menurut legenda, empat pemilik pertama tudung keranda ini menemui ajal pada usia muda.

Namun, kisah malang objek ni dah berlaku lama dulu di mana para pengkaji yang mengkaji benda ni meninggal dunia secara mengejut. Ada juga dakwaan yang mengatakan insiden kapal Titanic yang terkenal adalah disebabkan sumpahan objek ni yang ketika itu dibawa bersama dalam kapal. Walau bagaimanapun, spekulasi itu masih belum dapat dipastikan.

7. Ötzi Si Lelaki Ais

Aa1L96Gi

Pada September 1991, Ötzi yang merupakan mayat tertua telah berjaya dijumpai dalam keadaan terpelihara di pergunungan Alps berais yang merentasi Itali dan Austria. Walaupun mayat ini telah banyak bantu orang-orang yang menemukannya dalam pengetahuan sejarah dan saintifik, ia dikatakan telah menyebabkan beberapa kematian yang tak dapat dijelaskan. 

Sebagai contoh, dalam setahun penemuan mayat ini, tidak kurang daripada tujuh orang yang terlibat dalam ekspedisi mencari objek ini telah mati secara tiba-tiba. Disebabkan itu, orang menggelarkannya sebagai Curse of the Iceman.

Sumber: StarsInsider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.