Tahun lalu sekitar bulan September, negara kita dikejutkan dengan kejadian kehilangan seorang wanita warganegara India selepas wanita tersebut terjatuh ke dalam lubang benam atau sinkhole yang tiba-tiba terjadi di Masjid India.
Fenomena lubang benam ini bukanlah hanya terjadi di Malaysia sahaja kerana terkini, seorang pemandu trak di Jepun pula telah terperangkap di bawah tanah selepas kenderaan yang dipandunya terjatuh ke dalam sinkhole di jalan raya berdekatan Tokyo, Jepun.
Kejadian tersebut tersebut telah berlaku di Yashio, wilayah Saitama pada waktu pagi hari Selalu lalu.
Kini, memetik laporan CNN, usaha menyelamatkan mangsa yang berusia 74 tahun itu telah memasuki hari keempat pada semalam.
Artikel Berkaitan: “Seram” – Bukan M’sia Je, Ini 7 ‘Sinkhole’ Terbesar Pernah Terjadi Di Seluruh Dunia
Artikel Berkaitan: Aktiviti Manusia, Cuaca Dan Hakisan Lapisan Tanah Punca Kejadian Tanah Jerlus Di Masjid India – NRES
Difahamkan, pihak penyelamat telah menggunakan kren untuk membawa keluar trak yang dipandu oleh mangsa yang turut terjatuh ke dalam lubang benam itu.
Mereka juga menggunakan dron ke bawah tanah namun difahamkan tidak berjaya berkomunikasi dengan mangsa sejak tengah hari Selasa lalu.
Lubang benam itu juga menjadi semakin besar hingga 40 meter lebar sehingga saiznya dikatakan menyamai panjang kolam renang Olimpik.
Pihak berkuasa Jepun percaya bahawa paip pembentung yang berkarat telah menyebabkan lubang benam itu berlaku dan keadaan tanah di persekitaran kawasan kejadian itu menjadi terhakis apabila air paip kumbahan bocor sekali gus melebarkan lagi jurang.
Penduduk di sekitar kawasan kejadian itu juga telah dipindahkan ke kawasan lain yang lebih selamat.
Pihak berkuasa tempatan di sana juga mengarahkan 1.2 juta penduduk berdekatan kawasan tersebut agar tidak menggunakan air dalam jumlah yang banyak untuk mengurangkan air kumbahan agar tidak mengganggu operasi menyelamat.
Sumber: CNN