in

Menteri Dipecat Gara-Gara Tempah Lolipop Bernilai $2 Juta!

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haaa, gosok mata ke tu bila baca tempah lolipop sampai $2 juta? Jangan tak percaya, ini bukan cobaan ini betul-betul.


Dek kerana ini, Menteri Pendidikan ni terima padah apabila dipecat serta merta daripada jawatan tersebut. Tapi mujur bukan berlaku di Malaysia.

Memetik laporan BBC — Menteri Pendidikan Madagascar, Rijasoa Andriamanana dikatakan dipecat selepas beliau merancang untuk menempah lolipop bernilai lebih dari dua juta dolar itu diedarkan kepada pelajar sekolah.

Bagaimanapun ia mendapat tentangan daripada Presiden Andry Rajoelina.

Nak dijadikan cerita, Presiden Madagascar itu ketika ini mempromosikan penggunaan sejenis tonik herba yang dipercayai dapat menyembuhkan jangkitan COVID-19.

Ni bukti. Dan ini pula komen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Gettyimages 1210464586 Web

Maka dengan itu muncul lah idea lolipop ni, kerana Andriamanana nak bantu pelajar hilangkan rasa kelat pahit tonik tu selepas ia ditelan. Hmm, niat dia baik sebenarnya.

Tapi itulah, tak kena cara masing-masing ni.

 

Baca: “Dia nak perli wife sendiri agaknya” – Menteri Indonesia Dikecam Media Antarabangsa Sebab Samakan Coronavirus Dengan Isteri 

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.