in

Pengkaji Singapura Bakal Guna Lipas Dalam Misi Mencari & Menyelamat Mangsa Runtuhan Bangunan?

Lipas Robot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang okay ke kalau lipas datang berpuluh atau beratus ekor selamatkan korang?


Itulah yang mungkin ditanya 5 tahun lagi sekiranya kajian dan penyelidikan para pengkaji dari Nanyang Technological University (NTU) di Singapura yang difahamkan telah berjaya menjalankan kajian untuk menggunakan lipas dalam misi mencari dan menyelamat khusus untuk runtuhan bangunan, gempa bumi dan seumpamanya.

Menurut laporan, sepasukan penyelidik dari institusi terkenal di Singapura tersebut telah berjaya dalam kajian awal menggunakan satu spesis lipas yang dikenali sebagai Lipas Madagascar yang telah dipasangkan sejenis peranti kecil untuk mengesan mangsa atau gas berbahaya di dalam runtuhan bangunan.

Cyborg Search And Rescue Cockroaches

Diterajui oleh Profesor Madya Hirotaka Sato di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa, difahamkan pasukan ini telah memasang sejenis alat berbentuk seperti beg diatas badan lipas berkenaan. 

‘Beg’ ini difahamkan juga telah dilengkapi dengan ratusan alat penderia (sensor) dan juga kamera infra-merah dan hanya seberat 5.5 gram!

Secara teorinya, sekiranya berlaku sebarang kejadian runtuhan atau gempa, ratusan lipas ini akan dilepaskan bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan mangsa yang tertimbus selain berfungsi untuk memberikan lokasi keberadaan mangsa kepada pasukan penyelamat.

Selain itu, teknologi yang diletakkan pada lipas ini juga mampu memberikan gambaran awal kepada para penyelamat tentang keadaan persekitaran, sama ada mempunyai gas berbahaya dan sebagainya.

“Lipas Madagascar ini berjaya mengesan dan membezakan antara makhluk bernyawa atau tidak dengan kadar ketepatan sebanyak 87 peratus”

Cyborg Search And Rescue Cockroaches 2

Dalam tempoh kajian, difahamkan juga lipas Madagascar ini berjaya mengesan dan membezakan antara makhluk bernyawa atau tidak dengan kadar ketepatan sebanyak 87 peratus dan untuk kawasan runtuhan yang mempunyai keluasan sekitar 5 kilometer persegi (luas lebih kurang 54 buah padang bolasepak) mereka memerlukan sekitar 500 ekor lipas.

Secara alaminya, spesis ini diketahui sebagai spesis ‘tahan lasak’ selain mampu bertahan daripada radiasi lebih 10 kali ganda berbanding manusia. Kalau korang nak tahu, lipas ni juga mampu hidup sehingga seminggu tanpa kepala!

Bercerita tentang teknologi yang digunakan, difahamkan ‘beg’ yang dipasang pada badan lipas tersebut akan disambungkan ke bahagian neuromuskular lipas yang akan menerima isyarat dan ini membolehkan lipas tersebut dikawal. 

Squishy Robot 1 1557514024

Dalam masa yang sama, penyelidikan ini pastinya sesuatu yang dinantikan kerana ia bakal memberikan alternatif kepada robot mini yang digunakan sekarang yang turut difahamkan mempunyai kekangan dari segi kuasa dan juga hanya boleh digunakan dalam masa terhad.

Sekiranya penyelidikan dan kajian berjalan lancar, kumpulan tersebut mensasarkan penggunaan ‘robot lipas’ ini dalam jangkaan 5 tahun akan datang.

Baca : “Siap masuk oxygen chamber” – Lelaki Bawa Lipas Ke Klinik Haiwan Lepas Terpijak Secara Tak Sengaja

Feature 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.