Nak berhenti merokok bukan senang kerana tabiat merokok ni berkait rapat dengan emosi dan jiwa. Kalau ada antara korang yang cuba untuk berhenti merokok, usaha ini patut dipuji. Orang sekeliling pun kenalah berikan sokongan kepada mereka. Barulah bersemangat nak berhenti!
Kementerian Kesihatan (KKM) juga mensasarkan pengurangan jumlah perokok di Malaysia sebanyak 15 peratus menjelang tahun 2025. Penguatkuasaan terhadap kegiatan merokok perlu dibuat agar kesihatan diri lebih terjaga. Bukan untuk diri sendiri, malah orang sekeliling juga.
Antara alternatif untuk berhenti merokok yang agak popular sekarang adalah dengan menggunakan vape. Namun, lain pula yang dialami oleh seorang lelaki ini akibat menggunakan vape sehingga terlantar di hospital.
@sxffiinzm #takfyp berhenti vape pls 😭 ingatla org yg tersayang 😭
Dada ditebuk, keluarkan asap berlebihan
Dalam video yang dimuat naik oleh @sxffiinzm atau lebih dikenali sebagai Sue ini memaklumkan yang suaminya mengalami paru-paru bocor akibat penggunaan vape yang berlebihan. Menurutnya lagi, dada suaminya ditebuk untuk keluarkan asap berlebihan dalam paru-paru.
Tanda paru-paru bocor
Lebih teruk lagi, lelaki tersebut juga menghidap asma dan asap dari vape tersebut telah melemahkan sistem paru-parunya. Tambahnya lagi, jika proses tersebut tidak berjaya, suaminya harus dibedah.
Sue menyatakan dengan lebih lanjut tanda paru-paru bocor adalah bila bernafas, dada rasa mencucuk dan bunyi air. Selain itu, terdapat juga kesukaran untuk bernafas dan badan rasa sangat lemah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan kesihatan suaminya dan ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama akibat penggunaan vape.
Semoga si suami ni cepat sembuh dan boleh jalankan aktiviti harian dengan normal!
Baca: “[VIDEO] Bangga Boleh Sembur Wap Vape Dari Hidung, Tindakan Ibu Bapa Ini Undang Kecaman”