in

Menganggur? Ini 6 Cara Buat Duit Tanpa Perlu Mencari Kerja Tetap

File6Sjjmxc7Ts4Yihewdwd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelesetan ekonomi dan peluang kerja yang makin mengurang membuatkan sesetengah graduan yang baru lepas universiti hanya duduk menganggur di rumah. Bukan mereka ini tidak malas mencari kerja sebenarnya, namun peluang yang dicari-cari masih belum tiba.

Tidak cukup dengan itu, masih ada juga berfikiran peluang pekerjaan yang ada sekarang tidak sesuai dengan ijazah yang dimiliki serta setimpal dengan gaji yang patut didapati. Namun sampai bila nak duduk menganggur kalau kekasih sudah mendesak ajak kahwin dan ibu pula bising berceramah tentang hal yang sama setiap hari?


Berikut kami senaraikan enam cara buat duit tanpa perlu mencari kerja tetap buat mereka yang masih menganggur: 

 

1. Pemuzik Jalanan

Maxresdefault 2
gambar hiasan

Daripada anda membuang masa menyanyi di Smule atau sekadar berkaraoke di tandas, apa kata anda gunakan kelebihan anda dalam nyanyian dan bermain alat muzik untuk menjana pendapatan harian.

Kumpulkan rakan yang mempunyai minat yang sama dan jadi pemuzik jalanan setiap minggu di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai. Bayangkan kalau anda mendapat RM10 sejam, dalam masa lima jam anda sudah mengumpul RM50!

 

2. Menulis 

1 1 E1501564792948
gambar hiasan

Ada bakat dalam penulisan? Jom menulis untuk menjana pendapatan! Memanglah kerja menulis bukan senang, namun wangnya lumayan kepada mereka yang berjaya menjadi penulis bestseller seperti Ramlee Awang Murshid. Royalti boleh buat deposit sebiji rumah tu! 

Anda boleh saja menghantar penulisan anda kepada rumah penerbitan seperti Karangkraf, Lejen Press dan lain-lain. Ataupun anda juga boleh menulis di portal penulisan seperti Portal Ilham, Wattpad dan sebagainya. Mana tahu kalau penulisan anda dapat sambutan dan buku anda akan diterbitkan.

Bukan itu sahaja, menulis di Facebook pun ada kelebihannya kalau anda mempunyai ramai pengikut. Kebanyakan penulis terkenal sekarang bermula daripada penulisan di Facebook sebelum serius menerbitkan buku di pasaran.

 

3. Buka perniagaan online

Membeli Secara Online
gambar hiasan

Ini antara cara yang paling ramai dicuba orang masa kini. Berbekalkan sedikit modal, anda boleh membuka perniagaan di alam maya yang mampu menjana wang yang lumayan. Pernah dengar tentang Bella Ammara, butik pakaian terkenal tempatan? Mereka bermula dengan menjual 9 helai telekung pada asalnya sehingga kini menjadi antara butik yang terkenal dan menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia.

 

4. Jual barang anda di aplikasi jualan

Image8 1
sumber: carousell

Selain daripada mengeluarkan modal untuk membeli barang dan menjualnya dalam talian, anda juga boleh menjual barang yang anda ada di rumah dan tidak digunakan lagi di aplikasi jualan seperti Carousell. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan lebih dipercayai daripada menggunakan laman sosial seperti Instagram dan Facebook untuk berniaga. Kalau anda ada pakaian, kasut atau barangan elektronik yang masih elok tetapi tidak digunakan, jual saja di sana. Dapat juga jana pendapatan kan? 

 

5. Kutip tin aluminium, botol plastik dan besi buruk

Aluminium Can Recycling
gambar hiasan

Kerja yang ini mungkin dipandang hina kerana anda perlu mengutip barang-barang terpakai yang kotor dan menjijikkan bagi sesetengah orang. Namun tahukah anda dengan mengutip besi buruk dan barang-barang yang boleh dikitar semula ini anda mampu buat duit RM300 ke RM500 sebulan kalau lakukannya secara konsisten?

Berikut merupakan harga semasa menjual barangan kitar semula:

Harga Barangan Kitar Semula
sumber: blog

 

6. Menjadi tutor

Benefits Of Tutor
gambar hiasan

Anda dahulu pelajar cemerlang SPM? Pandai dalam subjek teras seperti Matematik, Bahasa Malaysia, Biologi, Kimia dan lain-lain? Jangan buang masa dengan hanya bermain permainan video di rumah semata-mata. Apa kata kalau anda luangkan sedikit masa untuk menjadi tutor kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kepakaran anda dalam subjek-subjek ini amat diperlukan dan ramai ibu bapa zaman sekarang yang mengambil tutor peribadi untuk mendidik anak mereka dengan bayaran RM100 sejam. Wow! Selain daripada mengajar dari rumah ke rumah, anda juga boleh menggunakan aplikasi Snapask untuk menjadi tutor dalam talian.

Jadi bagaimana? Ada di antara cara-cara ini boleh membantu anda menjana kewangan sementara mendapat pekerjaan tetap? Yang pasti, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Selamat mencuba!

Baca: Ini 7 Cara Menabung Yang Boleh Anda Guna Untuk Simpan Duit Dengan Mudah! 

Tabung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.