Semasa acara berprestij Anugerah Akademi berlangsung semalam, ramai dikejutkan dengan insiden pelakon Will Smith melempang Chris Rock gara-gara membuat lawak mengenai penyakit isterinya.
Tindakan Will Smith ini telah menimbulkan perdebatan di kalangan netizen di seluruh dunia. Ada yang menyokong tindakannya itu dan ramai juga yang tidak bersetuju kerana menganggap perbuatannya itu keterlaluan.
https://www.instagram.com/p/CboD3G6Akc8/
Menerusi Instagram, Will Smith telah pun mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Chris Rock dengan menggelarkan tindakannya itu sebagai “tak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan”.
Saya mahu memohon maaf secara terbuka kepada awak, Chris.
Keganasan dalam apa-apa bentuk adalah racun dan memusnahkan. Tindakan saya di Anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan dimaafkan.”
Will Smith juga turut mengakui lawak yang dibuat oleh Chris Rock adalah sebahagian dari kerjanya namun dia gagal mengawal emosi bila keadaan kesihatan isterinya dijadikan sebagai bahan lawak.
Jenaka tentang saya adalah sebahagian dari kerja, tapi gurauan tentang masalah kesihatan Jada terlalu berat untuk saya terima dan saya telah bertindak dengan emosi.”
https://www.instagram.com/p/CbqmaY1p7Pz/?utm_source=ig_embed&ig_rid=9655808c-9f2e-43f0-bb95-8aaca3fca46f
Pelakon ini yang turut memenangi pelakon terbaik melalui wataknya sebagai bapa pemain tenis Serena Williams semalam turut meminta maaf kepada pihak Akademi dan keluarga Serena.
Saya sangat menyesali tindakan saya yang telah mencemarkan malam yang sepatutnya menjadi perjalanan yang indah untuk kita semua.”
Untuk pengetahuan korang, semalam pihak polis Los Angeles (LAPD) mengatakan bahawa Chris Rock enggan mengambil tindakan ke atas Will Smith atas serangan yang diterimanya itu.
Baca: [VIDEO] Bengang Isteri Dipersenda, Will Smith Naik Pentas & Lempang Chris Rock Ketika ‘Live’ Oscars