in

“Menangis tanpa sebab” – Mak Mentua Dedah Lans Koperal Tembak Isteri Alami Kemurungan

Ft Mak Mentua Polis Tembak Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang menembak isterinya hingga maut dikatakan alami kemurungan sejak beberapa tahun lalu.


Memetik laporan daripada Sinar Harian, ibu mentua suspek iaitu Che Mas Taha, 63 memberitahu bahawa menantunya alami kemurungan sejak Hari Raya Aidiladha lalu.

Sembahyang tepi highway sambil menangis tanpa sebab

Katanya, suspek pada ketika itu pandu keretanya tanpa hala tuju sampai minyak habis dan tersadai di tepi lebuh raya.”

“Masa tu anak makcik (Safsufarnisya Salleh, 26) terpaksa minta bantuan rakan sekerja untuk cari suami dia.”

“Menantu masa tu dikatakan sembahyang tepi lebuh raya sambil menangis tanpa sebab.”

Tambahnya lagi, suspek yang berasai dari Setiu, Terengganu itu merupakan merupakan seorang menantu yang baik serta mereka rapat dan menantu itu juga dikatakan ringan tulang.

Screenshot 2023 03 06 165146

“Lepas berkahwin mereka terus berpindah tinggal dengan makcik dan suami (Salleh Ezan, 61) memandangkan suami pun tidak sihat kerana menghidap kanser usus tahap empat.”

“Jadi setiap kali pemeriksaan di hospital, sampai ke Alor Setar pun memang dia la yang bawa kami, sebab anak-anak lain duduk jauh.”

Dalam pada itu, Che Mas begitu sayang dengan suspek, biarpun hanya menantu, Che Mas anggap suspek macam anak sendiri.

“Makcik memang sayang dia macam anak sendiri, dia pula layan kami dengan baik, makcik memang tak sangka benda akan jadi seteruk ini.”

Che Mas yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata ini turut menyatakan bahawa anak bongsunya itu (mangsa) merupakan seorang suri rumah dan hubungannya dengan suspek baik malah tiada pertengkaran berlaku.

“Anak sedang hamil lima bulan, setiap kali pemeriksaan perut suami dia yang akan bawa, mereka tidak ada masalah dan nampak bahagia saja sejak berkahwin dua tahun lalu.”

“Tapi mungkin ini ujian untuk kami sekeluarga, makcik reda cuma berdoa semoga makcik kuat hadapi dugaan ini.”

Screenshot 2023 03 06 165236

Tambahnya, jenazah Safsufarnisya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat setelah selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Dalam kejadian yang berlaku pada hari Ahad, wanita berusia 26 tahun itu maut selepas ditembak dalam salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 7.26 pagi.

Baca : “Otak dia dah terpengaruh dgn dadah” – Polis Tembak Dua Beranak Rupanya Penagih, Pernah Lari Dari Ujian Dadah

Ft Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.