in

Menangi Hadiah Lumayan & Barangan Edisi Terhad Kolaborasi McDonald’s x NewJeans

Mcd X Newjeans Chicken Dance Challenge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

McDonald’s Malaysia baru-baru ini sekali lagi melancarkan kempen yang menarik dan mengujakan ramai melibatkan kumpulan sensasi Korea Selatan. Jika sebelum ini mereka pernah berkolaborasi dengan BTS, kolaborasi kali ini melibatkan kumpulan NewJeans!


Inisiatiff ini merupakan sebahagian daripada kempen serantau yang bermula di Korea Selatan dan diperluaskan ke Filipina, Thailand, Indonesia, Brunei dan kini di Malaysia.

Tema kempen ini memfokuskan Spicy Crispy Burger yang digemari ramai dan pengenalan tawaran hidangan masa terhad, Spicy Crispy Chicken Wrap yang ditunggu-tunggu. Spicy Crispy Burger menggandingkan perisa ikonuk inti ayam rangup dengan sos bawang putih pedas manakala Spicy Crispy Chicken Wrap menggabungkan inti ayam rangup dengan hash brown dan dibalut dalam kulit tortilla yang hangat.

Photo 4

Sempena kempen ini juga, McDonald’s Malaysia turut membawakan cabaran McDonald’s Chicken Dance Mission dimana peminat NewJeans boleh menyertai cabaran yang mengujakan ini sehingga 24 September 2023.

Photo 5 1

Mereka boleh menunjukkan gerakan tarian mereka mengkut McDonald’s Chiken Song yang digubah khas oleh NewJeans dan memuatnaik video tarian tersebut di profil Instagram berserta tanda pagar #McDChickenDance.

Lebih menarik, peserta berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan yang lumayan termasuk hadiah istimewa McDonald’s x NewJeans.

Photo 1

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam cabaran McDonald’s Chicken Dance Mission, McDonald’s telah menganjurkan satu acara istimewa dari 15 hingga 17 September 2023. Sepanjang tempoh ini, orang ramai boleh mengunjungi restoran McDonald’s Bukit Bintang untuk merakam McDonald’s Chicken Dance mereka. Tambahan pula, pelanggan di restoran McDonald’s Bukit Bintang akan berpeluang menikmati pengalaman yang eksklusif serta mengumpul cenderamata McDonald’s yang unik.

Untuk maklumat lanjut tentang Spicy Crispy Chicken Burger, layari laman web rasmi McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.