in

Membimbangkan! Masjid Liberal Beri Peluang Wanita Jadi Imam & Laungkan Azan

Collage 9

Macam yang korang tahu, setiap masjid mesti ada bahagian solat untuk lelaki dan wanita. Hampir semua masjid di seluruh dunia sejak berkurun lamanya mempunyai cara pengurusan dan konsep yang sama.

Namun, cara “kuno” pengurusan masjid ni tak dapat diterima oleh orang Islam barat lebih-lebih lagi golongan liberal. So, Muslim barat buat keputusan untuk ubah konsep lama dan amalkan konsep baru dengan menubuhkan “masjid liberal”.

Apa itu masjid liberal?

Jemaah Campur

Menurut Iluminasi, masjid liberal merupakan masjid yang mengamalkan konsep terbuka. Mereka terbuka dan menerima umat Islam dari pelbagai mazhab dan solat berjemaah di sana lelaki dan wanita akan bercampur sebelah menyebelah.

Selain itu, golongan LGBTQ diterima dengan tangan terbuka di dalam masjid ini malah mereka bebas berpegangan tangan dan berpelukan di dalam masjid.

Tak cukup dengan itu, masjid liberal membenarkan wanita menjadi imam untuk lelaki atau secara bercampur. Wanita juga boleh dilantik untuk menjadi bilal untuk melaungkan azan. Lagi tak boleh brain, dorang buat solat Jumaat khas untuk wanita tapi tak wajib.

Kalau korang nak tahu, untuk solat dalam masjid liberal, dorang tak diwajibkan untuk menutup aurat, boleh je pakai baju apa yang dorang suka.

Masjid-masjid liberal ini ditubuhkan kerana kebanyakan dari mereka percaya yang Islam berlaku tak adil terhadap wanita.

Masjid Liberal Pelik

Masjid liberal yang ada di dunia

Masjid liberal ini mula popular selepas seorang wanita Seyran Ates membuka Masjid Ibn Rushd-Goethe pada tahun 2017.

Masjid ini tak mempunyai halangan untuk mana-mana pengikut seperti Sunni, Syiah, Salafi atau Wahhabi boleh menggunakan masjid ini TAPI wanita berhijab tak boleh. Open sangattt

Di Toronto, Kanada pula ada Masjid el-Tawhid atau Unity Mosque yang ditubuhkan oleh aktivis LGBTQ El-Farouk Khaki dan pasangannya Troy Jackson.

Masjid Liberal Di Luar Negara

Manakala di Amerika Syarikat pula, mereka menubuhkan dua masjid liberal. Satu adalah Woman Mosque of America yang membenarkan wanita untuk tak memakai hijab semasa berada di dalam masjid.

Serta Qalbu Maryam Mosque yang terletak di California yang membenarkan lelaki dan orang beragama lain untuk datang ke dalam masjid untuk mempelajari agama masing-masing.

Kedua-dua masjid ini melantik imam mereka dari golongan wanita.

Tak mengejutkan kalau lama kelamaan ada liberal di Malaysia yang cuba fight untuk membuka masjid liberal dekat sini lepas fenomena de-hijab (lucut tudung) yang semakin menular sekarang. Ish scary!

 

Baca: “Saya tak setuju wanita Islam dipaksa pakai tudung” – Latheefa Koya

Screenshot 2019 05 09 At 12.14.07 Pm 1