Sebelum ini, penyanyi wanita Fyna Jebat dikatakan sudah pun bercerai dengan suaminya yang merupakan legenda bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun, pasangan sensasi itu kembali menjadi perhatian warganet selepas tular video mereka keluar makan bersama tersebar di media sosial.
Video tular itu dilaporkan mereka sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di Damansara Utama.
View this post on Instagram
Terbaharu, Zainal Abidin mengesahkan bahawa dia memang ada berjumpa dengan bekas isterinya di kedai makan.
Menurutnya menerusi satu wawancara bersama Astro Arena, perjumpaan tersebut diadakan untuk menyelesaikan beberapa perkara selepas perceraian.
“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri. Kami dah berpisah dengan cara damai.
“Berjumpa dan pergi makan sebab nak selesaikan beberapa masalah,” ujarnya selepas ditanya salah seorang pengacara program Nindia Bola.
View this post on Instagram
Zainal berkata, dia menganggap perhatian orang ramai tentang kehidupan peribadinya sebagai perkara biasa memandangkan dia dan Fyna dikenali ramai.
Sementara itu, Fyna pula menyatakan keengganannya untuk mengulas tentang pertemuannya dengan bekas suami dan memohon agar diberikan ruang.
“Terima kasih sebab telefon tapi lebih baik saya tidak boleh beri sebarang komen,” kata Fyna seperti yang dipetik Kosmo!
Terdahulu, kisah Zainal dan Fyna menjadi hangat apabila mereka dikatakan berkahwin secara rahsia pada Januari lalu serta tidak mendedahkan butiran lanjut kepada umum.
Namun, dilaporkan perkahwinan Zainal dan Fyna hanya bertahan hampir empat bulan dan ia juga disahkan oleh anaknya.
Bekas jurulatih bola sepak itu sudah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini selama 43 tahun sejak 1980 dan dikurniakan tiga orang anak.