in

“Memalukan wanita2 yg bertudung labuh” – Wanita Licik Curi Phone ‘Owner’ Kedai Telur Ketika Orang Lain ‘Busy’

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Patutlah omputih kata ‘Don’t judge a book by its cover’. Kalau korang tengok video kat bawah ni mesti korang tak expect mak cik rupa macam ni boleh mencuri.


Semalam, seorang pengguna Twitter Hilmi Adi Ruzaini ada memuatnaik satu rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita mencuri telefon bimbit kepunyaan pemilik kedai telur. Korang tengoklah macam mana licik mak cik ni buat kerja.

https://twitter.com/HilmiAdi/status/1113910003985858560?s=20

Menurut Hilmi, kejadian ini berlaku di pasaraya komuniti Amart di Kempas, Johor Bahru. Macam yang korang tengok, walaupun orang agak ramai dekat kedai ni, dia boleh slumber je ambik phone kat atas kaunter, cepat-cepat masuk kan dalam beg lepastu buat macam tak ada apa-apa berlaku. Confirm dah biasa buat kerja ni.

Disebabkan wanita ini nampak seperti orang yang baik-baik berdasarkan penampilannya, dah tentu-tentu benda ni jadi perbualan netizen kan? Korang bacalah sendiri

Screenshot 2019 04 05 At 10.35.14 Am Screenshot 2019 04 05 At 10.35.27 Am Screenshot 2019 04 05 At 10.35.36 Am Screenshot 2019 04 05 At 10.35.52 Am

Entah-entah dia saja je pakai macam ni sebab tak nak orang syak dia kot? 

 

Baca: “Dah bertudung tu jaga la sikit mulut” – Syinta Fikir 100 Kali Nak Jadi Lelaki Gara-gara Sikap Perempuan Bertudung Zaman Sekarang Yang…

Screenshot 2019 04 05 At 10.45.15 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.