in

Melampau! Akaun Twitter JAKIM Pula Diparodikan, Netizen Risau Hadis Dan Ayat Quran Disalah-guna

Aa 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang guna Twitter, mesti korang perasan banyak akaun parodi kan?



Tidak dinafikan akaun parodi ini ada kalanya memaparkan tweet yang lawak dan menghiburkan. Namun, dalam melakukan sesuatu bahan jenaka itu pasti ada batasnya.

Terbaharu di Twitter kecoh satu akaun parodi yang menyamar sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan perkara ini telah dimaklumkan oleh seorang ahli akademik, Dr. Rafidah Hanim Mokhtar melalui satu post di Twitter.

Berdasarkan pemerhatian, akaun parodi ini baru sahaja diwujudkan pada September lalu dan masih belum banyak tweet yang dikongsikan.

Dalam akaun parodi tersebut, mereka telah menggunakan logo yang sama dengan akaun rasmi JAKIM dan menambah emoji serta meletakkan perkataan ‘just kidding’ untuk menampakkan diri mereka sebuah akaun parodi.

Namun, apa yang membimbangkan adalah akaun ini berpotensi untuk menyalahgunakan Hadis dan ayat Quran bagi tujuan lawak atau sindiran.

 

Kita sama-sama report akaun palsu ini – Dr. Zulkifli

Perkara ini juga mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui satu tweet yang mengakatan beliau sudah ambil maklum dan meminta orang ramai untuk report akaun parodi tersebut.

 

Rata-rata netizen juga mengkritik tindakan mewujudkan akaun parodi tersebut dan mengganggap tindakan ini sudah melampaui batas.

A

 

Korang ni pun agak-agak lah. Bab agama ni tak boleh buat main tau. Kita sama-sama report akaun palsu ni supaya Hadis dan ayat Quran tidak diselewengkan sesuka hati. Jom report!

Baca: Parlimen Kecoh Bila Mat Sabu Nyatakan Nabi Muhammad SAW Sebagai Pelarian! Ini Jawapan ‘Win’ Datuk Dr Zulkifli Al Bakri

A1 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.