Topik hangat semalam, seorang ahli kumpulan Dolla didakwa telah melangsung perkahwinan dengan DJ popular antarabangsa.
Menerusi gambar yang dikongsikan di media sosial Threads, foto wanita itu menyerupai seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo yang mengenakan busana serba putih ala barat bersama pasangan pengantin.
Artikel Berkaitan: “Kahwin sebab apa..” – Ustaz Titipkan Nasihat Sebelum Nak Jadikan Seseorang Sebagai ‘Rakan Serumah’
Artikel Berkaitan: “Effort mahal” – Ramai Terharu Tengok Video Suami Wanita Ini Buat Surprise ‘Candlelight Dinner’
Disebabkan hantaran dari Threads ini, ramai peminat serta netizen yang mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Sabronzo namun masih berteka-teki atas kesahihan berita ini.
Difahamkan pasangan pengantin merupakan seorang DJ antarabangsa yang terkenal dengan nama Dash Berlin berasal dari Belanda.
Pasangan ini juga dipercayai membuat majlis resepsi secara intim di Bali, Indonesia.
Namun sehingga kini, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, 30 tahun bagaimanapun masih tidak memuat naik apa-apa gambar atau kenyataan tentang pernikahannya.