in

“Mcm mana bantuan sis minta tu?” – Suka Ambil Kesempatan, Wanita Tiada Segan Silu Minta Bantuan Dari NGO Berulang Kali

Fi Fbb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik ketika ini betul-betul memberi cabaran kepada ramai orang di negara ini. Tambahan pula dengan PKP penuh yang dilakukan, makin susah untuk mencari rezeki.


Oleh kerana itu juga, banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Kalau dah benda percuma, mesti akan ada juga segelintir tu cuba untuk mengambil kesempatan.

 

Dah dapat, tanya lagi

Beberapa hari lalu seorang pengguna Facebook, William Cheah ada berkongsikan pengalaman berkenaan misi bantuannya. Dia yang menjalankan sebuah perusahaan sejak 2015 mempunyai misi untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana yang memerlukan. Tapi sejak pandemik ini, William membesarkan skopnya dan membantu mereka yang terjejas.

Namun perkongsiannya baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila reaksi seorang wanita ini betul-betul membuat William terkejut. Wanita tersebut berada dalam senarai bantuan ‘Kembara’ yang dijalankan oleh pihak William, namun caranya yang seakan mendesak membuatkan lelaki tersebut kurang senang. Dia sering menghantar pesanan kepada pihak William dan bertanya bila dan kemana bantuan dihantar.

Dia juga kecewa kerana wanita tersebut dan suaminya mempunyai 5 orang anak, namun suaminya tidak mengambil pendekatan sepatutnya dan tidak hadir ke semua temu duga kerja yang telah diatur.

Fb 1

 

Bila ditanya kenapa berbuat begitu, wanita tersebut berkata bahawa dia keliru kerana menganggap bahawa bantuan Kembara dari pihak satu lagi dan William adalah berlainan. Bila disoal lagi, wanita tersebut mengatakan bahawa dia tidak bersalah sebab ini berkaitan rezekinya.

Fb 3

 

Siapa menipu, akan di blacklist

Tambah William lagi, tindakan seperti itu akan melambatkan lagi tugasan pihaknya untuk memberi bantuan. Hal ini kerana mereka memerlukan bukti seperti gambar setiap kali bantuan diberi.

Fb 2

Dia juga menegaskan bahawa perkara ini adalah tidak adil untuk yang lain kerana masih ramai memerlukan. Dia turut memberitahu bahawa sesiapa yang mengambil kesempatan sebegini, akan disenarai hitamkan namanya dari menerima sebarang bantuan akan datang.

Semoga tujuan mulia ini dipermudahkan, dan pandemik ini cepat pergi. Supaya senang untuk mereka yang kesusahahan mencari rezeki.

Sumber : Facebook,

 

Baca : “Pernah tak tertanya-tanya kenapa ramai orang susah tapi anak ramai gila?” – Pendedahan Hazeman Huzir Yang Buat Ramai Tergamam

Foot Fb

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.