Seringkali kita dapat lihat di kaca tv mahupun di media sosial, orang-orang susah ini akan mempunyai ramai zuriat, ia selalu menjadi tanda tanya malah ada juga jadi pertikaian segenlintir orang.
Persoalan ini kira dah lama juga timbul sampailah Hazeman Huzir rungkaikan cabaran yang sebenarnya mereka alami.
Kemiskinan Haid!
Kata Hazeman, dia meremangg apa bila mendengar cerita sebenar yang selama ini menjadi skeptikal orang ramai termasuklah dirinya.
Masa kecik, darjah 5 camtu, I pernah tanya my dad “Kenapa dorang ni tak beli kondom je? Kondom kan murah dari bela anak?” I didnt get the answer until TODAY.“
Sebab mereka hamil banyak kali adalah kerana mereka tidak mampu untuk membeli tuala wanita. Sekali dengar mungkin macam tak logik, tapi ikuti penjelasan Haze ni.
Haze yang kini aktif dalam melakukan kerja amal ketika itu baru sahaja selesai membuat perbincangan CSR untuk mereka yang tinggal di PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin).
Menurut Haze, dia sendiri pernah merasai tinggal di rumah pangsapuri dalam 4 ke 5 tahun dengan hanya keluasan 500 kaki persegi termasuk 3 bilik kecil, 1 tandas.
“Ada kes ni satu rumah PPRT tu 12 anak. DUA BELAS. 2 tahun buat kerja amal, Ingatkan I’ve seen “Susah” & dah burst my bangsar bubble. Tak ye. Tak!
So guys, if you nak belajar more about yourself, buat lah kerja amal. Kita sheltered sebenarnya. Shel-tered.”
Berbalik kepada persoalan tak mampu beli tuala wanita itu, ini penjelasan Haze dan ia sekaligus menjawab segala aspek yang kita anggap sebagai ‘alasan’ sahaja.
Dan kepada mereka yang kata “wHaT?! bUKan kE pAd lAgI mUraH daRi jAGa aNAk? xDe CoMMoN sENse ke? Like I said previously, buat kerja amal dik. Turun padang. Judge orang memang senang. Cuba tengok sendiri. Then judge again.“
1. Washable pads – Kes Cik Balqis, Ampang. Tiada mesin basuh. Bil air RM200
My privileged a**: Aku punya RM6 je sebulan je kot. Handwash je kot.
Team mate: Handwash pakai flowing water
2. “Lepas beranak ada darah nifas. Nanti pakai pad jugak”
Normal pregnancy 9 bulan no need pad. Nifas standard 40 hari. Istihadah more than 60 hari. Bantuan free pads from hospitals & NGOs.
3. Anak lagi mahal daripada pads.
3 basic needs perlu ada: Pakaian, Tempat Tinggal, Makanan. Keperluan asas pun mereka kena utamakan. Pads is a luxury.
“Okay ni macam bagi alasan non-stop. But “alasan” is something manageable. “Reality” is their way of life.”
4. We need to educate them
Anak tak sekolah. Tak mampu PIBG fees. Uniforms. Phones. No TV. Satu cara untuk educate adalah turun padang. So TV Pendidikan doesnt address the B40.
Pada pendapat Haze, kita yang anggap miskin bandar di Malaysia ini tidak berapa susah seperti yang lain-lain tapi hakikatnya jarak sosioekonomi di Malaysia ini sangat besar.
“Besar sampai apa yang kita rasa common sense, it’s not common knowledge to them.”
Perkongsian Haze yang telah meraih hampir 17K retweets di Twitter ini telah menyedarkan netizen yang selama ini turut mempertikai dan mempersoal isu ini.
Baru mereka sedar cabaran yang golongan-golongan tersebut perlu harungi.
Miskin haid is real – Netizen
Min pun rasa tergamam, sedih dan sebak bila dapat ketahuinya. Risau lebih-lebih lagi tengah musim PKP ni, doa agar mereka semua dimurahkan rezeki.