in

McDonald’s Malaysia ‘Ubah’ Menara KL Jadi French Fries Tertinggi Di Malaysia!

Menara Kl Jadi French Fry

Bagi meraikan International French Fry Day, McDonald’s Malaysia dan Menara KL menjalinkan kerjasama bagi menonjolkan paparan indah menerangi langit Kuala Lumpur dengan ‘The Talllest Frech Fry in Malaysia‘.

Pada 13 Julai 2023 lalu, bermula jam 8 sehingga 11.59 malam, Menara KL yang ikonik telah ‘diubah’ menjadi McDonald’s Frech Fry yang luar biasa besar dan tinggi, sekaligus menyatukan dua ikon yang cukup dekat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sambutan yang luar biasa ini menunjukkan bagaimana Frech Fries mampu menjadi ejen penyatuan, mengumpulkan ramai orang dan menjadi antara hidangan yang sangat digemari dan popular di restoran McDonald’s.

Photo 2 1

Kerjasama McDonald’s Malaysia dan Menara KL ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran ikon muzik Malaysia, Dato’ Sheila Majid sebagai wajah untuk acara tersebut.

Menurut Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abd Hai berkata, pihaknya teruja dapat bekerjasama dengan Menara KL untuk sambutan yang cukup istimewa berkenaan.

Photo 1 1

Sambutan tersebut juga memberi peluang kepada McDonald’s untuk meraikan kasih sayang yang berkekalan rakyat Malaysia terhadap McDonald’s French Fries.

Lebih istimewa McDonald’s Malaysia juga berjaya meletakkan diri dalam Malaysian Book of Records untuk “The Tallest French Fry in Malaysia”.

Sijil Pencapaian telah disampaikan oleh Jwan Heah Yeow Hooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Malaysian Book of Records kepada Melati semasa acara ini berlangsung.

Photo 4

Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi McDonald’s komitmen  dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Ia juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ untuk pelanggan kami. Ini tidak akan mampu tercapai tanpa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia.