“Matilah nakkk” – Lelaki Kantoi Bawak Perempuan Lain Naik Motor Bila Gambar Saman Sampai Rumah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman sekarang ni bukan senang nak ada hubungan sulit sorok-sorok tau. So, kalau korang ada niat nak curang dengan pasangan korang tu, baik batalkan je lah…

Macam baru-baru ni, menurut Siam Variety, satu saman trafik telah dihantar ke rumah seorang lelaki bersama gambar sebagai bukti dia melakukan kesalahan jalan rayanya itu.

Nak dijadikan cerita, masa surat saman tu sampai rumah, isteri lelaki tersebut ada di rumah dan dia telah membuka surat saman tersebut.

Tapi, apa yang mengejutkan, dia nampak gambar tersebut menunjukkan seorang wanita menaiki motosikal bersama suaminya tanpa pakai helmet dan lebih teruk lagi, wanita ni pasti wanita tersebut bukan dirinya. Haaa

Menurut post Facebook yang dah dipadamkan, ia mengatakan yang isteri lelaki tersebut telah menyoal suaminya tentang identiti wanita misteri itu tapi tak ada update sama ada lelaki tu dapat lepas atau tak dari isterinya.

Sementara itu, netizen-netizen turut memberikan beberapa idea macam mana lelaki ni nak terlepas dari kena ‘tiau’ dengan isterinya.

Ceritanya senang je, kalau dia suruh perempuan tu pakai helmet, selain dari menjaga keselamatan atas jalan raya dia jugak boleh selamat dari nak menjawab dengan bini. Nasib kau lah banggg

 

Baca: Lelaki Hampir Langgar Dua Remaja Tak Pakai Helmet Dan U-Turn Sesuka Hati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson