in

“Mata ini menangis & hati ini bersedih” – Isteri Da’i Syed Mohon Doa Orang Ramai

Ft Dai Syed Sipenjara 10 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ungkapan yang dibuat menerusi IG Story isteri kepada pendakwah selebriti Da’i Syed iaitu Hana Ismail telah mencuri tumpuan orang ramai. Ia dimuat naik selepas khabar hukuman yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah terhadap suaminya pagi tadi.

Kata-kata yang dikongsikan itu seolah-olah memberikan satu gambaran yang dirinya sangat bersedih namun reda dengan segala ujian yang menimpa.


Artikel berkaitan : Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan Sebab Merogol

Artikel berkaitan : Kaitkan Keguguran Isteri Kerana Kifarah Kes Rogol, Da’i Syed Akan Ambil Tindakan Terhadap 2 Wanita

Hana yang baru sahaja melahirkan anak 16 hari lalu turut meminta orang ramai mendoakan kebaikan buat dirinya dan keluarga kecilnya itu.

‘Mata ini menangis & hati ini bersedih namun kami hanya akan menuturkan apa yang diredhai Tuhan kami.’ (Muhammad SAW)

“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang telah diberikan buat keluarga kecil kami. Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa & kebaikan dari kalian.  Jazakallah Khair.

“Salam sayang, Baba Nour, Ummi Nour & Lil Nour”

Screenshot 2024 08 30 143236

Untuk rekod, berkuat kuasa hari ini, Mahkamah Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman terhadap Syed Shah Iqmal penjara 10 tahun dan tiga sebatan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Norazlin Othman setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.