in

Masjid Mukim Sri Aman, Kelantan Lakar Sejarah! Masjid Pertama Di Malaysia Dilengkapi Kemudahan Gimnasium

Ft Masjid 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari dahulu lagi apabila bercakap mengenai masjid, mesti ramai yang akan kaitkannya sebagai pusat ibadat. Masjid menjadi tempat pembelajaran ilmu akhirat tidak kiralah bagi kanak-kanak mahupun pun orang dewasa.


Tapi kini sebuah masjid di Kelantan mengambil langkah drastik dan fresh untuk mengimarahkan rumah ibadat itu dengan menubuhkan gimnasium!

Senang la nak solat masa bersukan!

Menurut pengerusinya, Ab Razak, masjid di Mukim Sri Aman menubuhkan pusat sukan itu dengan tujuan untuk memupukkan gaya hidup sihat bagi muslimin dan muslimat yang beribadah di masjid itu.

Capture 2 1 3

Beliau juga berpendapat bahawa tahap kecergasan ahli kariah untuk beribadah dapat ditingkatkan.

“Bila tubuh sihat dan cergas, dapatlah kita beribadah kepada Allah sebaik mungkin. Ini merupakan salah satu usaha yang kami lakukan dalam mempelbagaikan peranan masjid supaya tidak tertumpu kepada ibadah semata-mata,”

Apa yang lebih menarik lagi ialah, masjid di Pasir Puteh ini mencatatkan sejarah sebagai masjid  pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan gimnasium lapor Sinar Harian.

Penubuhan gimnasium itu disalurkan menggunakan wang milik Ab Razak sendiri sebagai permulaan dan kos penyediaannya mencecah sehingga RM17,000.

Bagi mencapai sasaran gaya hidup sihat, pihak masjid turut menyediakan jurulatih. Ini baru betul bersungguh untuk usahakan sesuatu!

“Budaya (hidup sihat) ini turut dipraktikkan kepada kalangan kaum muslimat bagi memastikan mereka terlibat sama tetapi bagi muslimat, aktiviti dilakukan secara berasingan di sebuah dewan khas.

“Selain itu, kita yakin dan percaya kemudahan ini mampu menarik orang ramai untuk mengimarahkan masjid terutama golongan muda,”

Walaupun sudah dilancarkan pembukaannya pada 14 November lalu, namun masjid ini masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk melengkapkan lagi beberapa perkara.

Capture 1 3 5

Setakat ini gimnasium itu dibuka tanpa sebarang bayaran kepada ahli kariah, tapi di masa akan datang sedikit bayaran akan dikenakan bagi menampung kos penyelenggaraan.

Gimnasium itu juga dikatakan akan diberhentikan sementara waktu bagi memenuhi waktu solat berjemaah.

Min salute betul usaha macam ni, sebab nak jalankan ibadah lebih selesakan dengan tubuh badan yang sihat.

 

Baca : [TERKINI] PKPB Dilaksana Di Semua Negeri Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang Dan Kelantan

Capture 7 4

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.