Menjadi kelaziman pihak pengurusan masjid mencari calon untuk imam tarawih sepanjang bulan Ramadan.
Namun menjadi isu apabila para imam yang mempunyai latar belakang berkaitan bidang agama menerima elaun atau upah yang tidak setimpal.
Tak setuju imam tarawih dibayar RM2,000 untuk 15 hari
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendedahkan mengenai sikap seorang Bendahari di sebuah masjid yang mempunyai sifat berkira.
Artikel berkaitan: Tawar RM6,000 Untuk Jadi Imam Solat Tarawih, Masjid Kuala Krai Raih Pujian Netizen
Menurut individu itu, Bendahari masjid terbabit dikatakan tidak bersetuju untuk membayar setiap imam solat sunat tarawih sebanyak RM2,000 untuk 15 hari.
“Bendahari tak setuju sebab katanya RM2000 seorang itu tinggi sangat. Bendahari itu cadang bagi RM 500 sahaja seorang. Ahli jawatankuasa yang lain pulak tak setuju,” katanya.
Cadang buat kutipan khas untuk imam tarawih
Bercerita lanjut, Bendahari terbabit memberi cadangan untuk mengadakan kutipan khas saguhati buat imam tarawih selama sehari dan duit berkenaan akan diberikan kepada imam berkenaan.
Selepas membuat kutipan, kesemua ahli kariah terkejut apabila mendapati kutipan khas yang dibuat selama sehari itu berjaya mengumpul sebanyak RM21,000.
Bendarari tak setuju nak bagi semua duit kutipan
Namun, Bendahari berkenaan tiba-tiba tidak bersetuju untuk berikan kesemua wang terkumpul itu kepada imam tarawih, sebaliknya pihak masjid perlu mengambil sedikit wang berkenaan.
“Bendahari pulak tak setuju nak bagi semua sebab katanya banyak sangat. Masjid kena ambik sikit. Ahli jawatankuasa yang lain pakat tak puas hati belaka. Dia yang bagi cadangan, dia sendiri yang tak setuju,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mengkritik tindakan Bendahari terbabit yang tidak amanah dengan janjinya dan dilihat bersikap iri hati dengan sumbangan sebanyak itu.
Malah, ada juga yang mendakwa perkara itu juga berlaku di masjid-masjid lain dan ini bukanlah yang pertama berlaku di Malaysia.
Hmm, macam ni pun ada ya…
Sumber: Facebook