Memang kalau anda terlibat dalam proses penyembelihan di Hari Raya Aidiladha, mesti baju dan seluar dipenuhi percikan darah. Tapi apa yang berlaku di Dhaka ini lagi dahsyat, ‘banjir darah’. Yes, itu yang berlaku baru-baru ini di sana ketika seluruh penduduk sedang melakukan ibadah korban Isnin lalu. Paling dahsyat, banjir itu disebabkan oleh masalah sistem perparitan yang tiada kesudahannya. So, air yang mengalir tu sebenarnya campuran air hujan, air kumbahan dan darah.
Sistem perparitan di Dhaka sememangnya tidak diselenggara dengan baik menyebabkan perkara sebegini berlaku. Banjir itu menyebabkan kereta tidak dapat bergerak dan ‘sangkut’ di jalan yang dipenuhi darah itu selain turut menyebabkan pengerakan penduduk setempat terbatas.
Sesetengah penduduk menyalahkan pihak bertanggungjawab kerana tidak merancang dengan baik dan tempat untuk adakan proses penyembilan jauh dari rumah mereka. Jadi, sebab tu mereka buat keputusan untuk menyembelih hanya di tepi jalan berdekatan rumah (Malas jalan ke?!) Walaupun air sudah memenuhi seluruh kawasan, mereka tetap meneruskan proses penyembelihan menyebabkan air yang mengalir jadi lagi merah.
Pada hari Selasa, banjir tidak surut dan lebih teruk lagi air mula mengalir masuk ke rumah penduduk dan sudah mencecah ke buku lali. Sekali lagi, mereka menyalahkan pihak bertanggungjawab kerana tindakan yang slow untuk kerja-kerja pembersihan.
Seorang sumber dari pihak bertanggungjawab berkata:
“Masalah paip tersumbat memang berlaku sejak dulu lagi dan kami masih mencari jalan untuk menyelesaikannya”
Tengok gambar pun dah rasa nak muntah, macam dapat imagine bau busuk di seluruh kawasan tu. Bayangkan kesengsaraan mereka terpaksa bau dan teruskan proses penyembelihan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.