in

“Masa bercinta baik” – 6 Punca Ni Boleh Jadi Penyebab Penderaan Fizikal Berlaku Dalam Perkahwinan

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila seseorang tu berkahwin mestilah dorang mengharapkan yang ianya menjadi satu perkahwinan yang bahagia kan? Tapi tak dapat dinafikan ada segelintir orang yang tak dapat kebahagiaan ini.


Lebih teruk lagi, orang yang sepatutnya dipercayai untuk berikan kebahagiaan telah menjadi punca kesedihan dan kekecewaan serta turut membahayakan kesihatan dan keselamatan dengan penderaan.

Sukar sebenarnya untuk ketahui punca seseorang itu boleh bertukar menjadi pendera atau apa yang menyebabkan seseorang itu sanggup untuk pukul orang yang sepatutnya mereka sayangi.

Pun begitu, ada beberapa perkara common yang dikongsikan oleh kebanyakan pendera rumah tangga ni. Dekat bawah ni adalah beberapa sebab biasa yang menyebabkan penderaan boleh berlaku dalam perkahwinan.

Artikel berkaitan: Ini Kisah 5 Selebriti Yang Pernah Alami Penderaan Rumah Tangga & Cara Dorang Selamatkan Diri

Artikel berkaitan: 7 Kisah Penderaan Amah Kejam Yang Pernah Mengejutkan Negara

Picture 1 1024X683 1

1. Fikir yang bukan-bukan

Kajian menunjukkan, keganasan dalam rumah tangga berlaku ekoran dari pemikiran yang memudaratkan oleh seseorang yang biasanya hadir dari realiti yang telah diputarbelitkan.

Seperti contoh, beberapa persoalan seperti “dia tak hormat aku, aku tak boleh nak biarkan dia macam ni nanti dia akan ingat aku lemah” sentiasa bermain dalam fikiran sehingga menyebabkan keganasan berlaku semasa pertengkaran.

Jika perkara ini berlaku, agak sukar untuk seseorang pendera itu berhenti mendera pasangannya.

2. Tak boleh nak kawal rasa kecewa

Memang diakui, bila kita disakiti oleh orang yang kita sayang memang susah untuk kita tak rasa kecewa. Lebih-lebih lagi lepas kita tinggal dengan seseorang itu dan kongsikan hampir keseluruhan kehidupan kita dengannya. Tapi, kebanyakan dari kita atasi perasaan kecewa ini tanpa bertindak ganas terhadap pasangan.

Namun begitu, ada segelintir orang yang gagal mengawal perasaan mereka lebih-lebih lagi bila dilukai dan mula bertindak ganas. Individu seperti ini bertindak ganas kerana mahu pasangan mereka rasa sakit yang mereka rasai. Dorang tak boleh nak biarkan diri dorang rasa sedih, kecewa atau kelihatan lemah kerana disakiti.

3. Membesar dalam keluarga yang didera

Walaupun tak semua pendera datang dari keluarga yang didera atau zaman kanak-kanak bermasalah, majoriti pendera biasanya mempunyai trauma dari kecil. Sama juga, ramai mangsa penderaan rumah tangga juga datang dari keluarga yang toksik atau kehidupan mereka dipenuhi dengan penderaan fizikal.

Untuk kes seperti ini, kadang-kadang suami dan isteri tanpa sedar telah menerima kehidupan mendera dan didera sebagai salah satu perkara normal dalam perkahwinan.

4. Kurang batasan dalam perkahwinan

Orang yang mengalami penderaan dalam rumah tangga biasanya percaya yang terdapat satu ikatan yang tak boleh dipisahkan antara mereka. Ini mungkin antara penyebab kenapa keganasan dalam sesuatu rumah tangga itu boleh berlaku.

Ikatan ini bukanlah satu benda yang romantik, ia menunjukkan kekurangan batas dalam hubungan mereka sehingga menyebabkan pendera mudah untuk mendera pasangannya dan pasangan pula sanggup menerima kerana mereka merasakan yang dorang tak boleh berpisah.

5. Kurang empati

Antara sebab yang jelas untuk seseorang itu membuat keganasan ke atas orang yang sepatutnya mereka sayang adalah kerana kurang empati. Individu yang mempunyai sikap suka mendera orang ini biasanya percaya yang dorang ada kebolehan untuk faham orang lain.

Dorang biasanya merasakan yang dorang boleh lihat kelemahan orang lain tapi realitinya dorang tak boleh nak faham ketakutan yang dirasai oleh orang yang mereka dera kerana kurang rasa empati.

Melalui satu kajian di Universiti Barcelona, seorang pendera telah diminta untuk rasai apa yang dirasakan oleh mangsanya melalui sistem virtual realiti, ketika ini barulah pendera tersebut dapat faham ketakutan yang dirasai oleh mangsanya dan sekaligus meningkatkan persepsinya terhadap emosi seseorang.

6. Dadah & alkohol

Penyalahgunaan dadah dan alkohol merupakan salah satu sebab biasa yang menjadi punca keganasan dalam rumah tangga. Malah, ada pendera yang turut mendera pasangan mereka dengan memaksa untuk turut mengambil bahan-bahan terlarang. Tak cukup dengan itu, banyak keganasan rumah tangga yang berlaku disebabkan oleh dadah dan alkohol.

Domestic Violence Statistics 1024X680 1024X585 1

Kalau korang merupakan mangsa keganasan rumah tangga atau kenal dengan orang yang jadi mangsa keganasan rumah tangga ini beberapa cara yang korang boleh lakukan:

1. Hubungi Women’s Aid Organisation (WAO)

  • WAO Hotline: +603 3000 8858 (9 am – 5 pm)
  • SMS/WhatsApp TINA: +6018 988 8058 (24 hours)

2. Pergi ke OSCC di Hospital Kerajaan

Kalau korang nak tahu, bilik kecemasan di hospital-hospital kerajaan ada menyediakan One Stop Crisis Centres (OSCC). Di sana, doktor akan memberikan rawatan untuk kecederaan yang dialami oleh mangsa dan mengumpulkan bukti perubatan yang boleh digunakan di mahkamah. Kemudian, korang boleh buat laporan polis di hospital jika mahu.

OSCC juga akan turut membantu memberikan perlindungan polis, mencari rumah perlindungan, nasihat undang-undang dan kaunseling. Tapi korang kena tahu yang korang TAK WAJIB untuk buat laporan polis bagi mendapatkan rawatan di sini.

3. Dapatkan ‘Arahan Perlindungan Kecemasan’ dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Arahan Perlindungan Kecemasan (EPO) merupakan arahan yang dikeluarkan oleh pegawai JKM bagi mengarahkan pelaku untuk berhenti bertindak ganas.

EPO ini boleh didapati pada bila-bila masa dengan menghubungi Talian Nur (15999) yang dibuka selama 24 jam setiap hari atau dengan pergi ke mana-mana pejabat JKM berhampiran.

Korang perlu bawa kad pengenalan dan surat beranak anak (jika perlu). Sekali lagi, korang tak perlu buat laporan polis untuk dapatkan EPO dan EPO ini boleh digunakan selama tujuh hari.

4. Buat laporan polis

Korang juga boleh buat laporan polis jika ada berlaku keganasan atau cubaan keganasan. Laporan boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Inggeris sama ada bertulis atau terus secara lisan.

Dalam laporan tersebut, korang boleh beritahu details mengenai keganasan yang dilalui seperti apa yang berlaku dan bila ia berlaku dan siapa yang terlibat. Pastikan korang simpan salinan laporan yang telah dibuat.

Kalau korang tak mahu mendakwa dan hanya mahu mendokumentasikan insiden yang telah berlaku, korang boleh buat cover report berbanding action report.

Sumber: Marriage.com, WAO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.