Hari yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan sempena ulang tahun ibu ini berubah menjadi hambar apabila dia kehilangan kedua-dua anaknya dalam satu masa.
28 Oktober 2019 merupakan memori pahitnya apabila seorang remaja 16 tahun menikam kakaknya sampai mati sebelum bunuh diri dengan terjun dari bangungan rumahnya.
Bengang sebab tak dapat pinjam phone untuk main game
Menerusi perkongsian World Of Buzz, ia berlaku gara-gara remaja 16 tahun dari China ini mahu meminjam telefon pintar kakaknya untuk main game tapi tak dapat.
Disebabkan sakit hati, dia ambil pisau dan tikam kakaknya sampai mati dan serta merta terjun dari tingkap apartmentnya dari tingkat 23 dan maut.
Waktu kejadian, ahli keluarganya termasuk atuk dan nenek ada dirumah tapi ibu mereka sahaja yang dengar pasal kekecohan itu dan terus ke bilik mereka.
Dia dapat menyaksikan yang anak lelakinya tu sedang menikam kakaknya, tapi pada waktu itu dia tak dapat nak selamatkan sebab remaja lelaki tu terus terjun dari tingkap.
Kes masih dalam penyiasatan. didapati bahawa hari tersebut merupakan sehari sebelum ulang tahunnya.
Bila ibu bapa bagi phone dekat anak seawal umur 2 hari – Netizen
Dalam pada itu, ramai netizen yang bimbang dengan kesan ketagihan telefon bimbit dalam kalangan remaja, ada yang mendakwa remaja tersebut terpengaruh dengan permainan itu yang mendorong dia bertindak melakukan perkara sedemikian.
Ada juga yang bimbang dan mempertikaikan cara didikan ibu tersebut yang terlalu manjakan anak dengan smartphone.
Baca : “Melampau gila!” – [Video] Pelajar Tikam Cikgu Sampai Mati Sebab Tak Puas Hati Kantoi Hisap Rokok