in

‘Mana Rahijan?’ – Lelaki Dihanyutkan Arus Deras Bersama Kereta, Pasukan SAR Hanya Jumpa Kereta Tanpa Pemandu

Ft Banjir Kereta Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial berita kehilangan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas gara-gara dihanyutkan air deras bersama-sama keretanya di Batu 18, Kahang dekat Kluang pada Sabtu lalu.


Susulan itu operasi pencarian dilakukan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) dan hasil carian mereka hanya berjaya menemui kereta semalam, namun mangsa, MD Rajihan Junaidi tiada bersama.

Banjir Kereta

Memetik laporan Harian Metro, kereta Proton Waja berkenaan berjaya ditemui pada pukul 6.10 petang kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

Kenderaan itu berjaya ditemukan selepas operasi SAR bersambung pada pukul 10.30 pagi semalam yang membabitkan 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan.

Usaha pencarian dilakukan dengan bantuan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ yang merupakan besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa pada jarak pencarian sejauh 100 meter.

Kereta berkenaan berjaya dikesan dan dinaikkan ke darat pada jam kira-kira 6.10 petang oleh pihak polis namun mangsa tidak ditemui di dalam kereta berkenaan.

Kereta itu kemudiannya ditunda ke Balai Polis Kahang untuk tindakan selanjutnya. Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kluang, Akob Sedek berkata, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini, Md Rajihan, 28 dilaporkan hilang pada pukul 5.30 petang ketika dia dan isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 25, melalui jalan berkenaan dengan memandu kereta.

Menurut laporan polis yang dibuat isterinya, mereka bertindak untuk meredah banjir ketika sampai di laluan berkenaan sebelum kereta mereka hanyut dibawa arus deras ke sebelah kanan jalan.

Tambahnya, Md Rajihan sempat memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan isterinya sebelum wanita itu diselamatkan pula oleh orang awam manakala, dia sendiri hanyut pula dibawa arus deras bersama Proton Waja yang dipandunya.

Pihak bomba terus melancarkan operasi SAR sejurus menerima laporan, namun keadaan air yang semakin deras serta cuaca gelap menyukarkan operasi.

Banjir Bernama 1

Banjir Bernama 2

Allahu, doakan semoga mangsa berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat. Amiin. 

Baca: “Ha dah oyak dah!” – [Video] Dua Lelaki Berputih Mata, Motosikal ‘Ditelan’ Arus Selepas Cubaan Redah Banjir 

Baca Banjir Kereta

Sumber: Harian Metro
Sumber: Bernama
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.