in

“Ha dah oyak dah!” – [Video] Dua Lelaki Berputih Mata, Motosikal ‘Ditelan’ Arus Selepas Cubaan Redah Banjir

Ft Banjir Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial semalam berkaitan sebuah video yang memperlihatkan aksi ‘berani mati’ dua orang penunggang motosikal yang gigih meredah arus banjir walaupun sudah dilarang oleh orang ramai.


Kejadian dipercayai berlaku di Maran, Pahang apabila dua individu dipercayai cuba untuk melintasi Sempadan Jengka15 – Jengka 16 sebelum arus deras menghanyutkan motosikal mereka.

Dalam video yang berdurasi selama beberapa saat itu, seorang penunggang motosikal dilihat sedang berusaha sedaya upaya untuk menarik motosikalnya daripada ‘ditelan’ arus deras.

Namun, usahanya gagal disebabkan mereka tidak mampu untuk melawan arus deras sehinggakan motosikal yang cuba ditarik itu terlepas dari pegangan sebelum hilang dibawa arus.

Kelihatan juga salah seorang dari mereka ‘sipi-sipi’ terjatuh ketika mengharungi air banjir tersebut.

Kedengaran juga suara orang ramai yang ‘bersorak’ dengan aksi berbahaya mereka yang tetap meredah air bah tersebut walaupun sudah dilarang beberapa kali.

Ha dah oyak dah! Dah bagitahu dah! Itu dia! 

Sudah bagi tahu air laju, ko redah jugak..?‍♀️Lokasi : sempadan Jengka15 ↔️ Jengka16,Maran Pahang#pray4jengka#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, January 2, 2021

Sudah bagi tahu air laju, ko redah jugak..?‍♀️Lokasi : sempadan Jengka15 ↔️ Jengka16,Maran Pahang#pray4jengka#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Saturday, January 2, 2021

Kejadian tersebut hangat diperkatakan dalam kalangan netizen di media sosial yang rata-ratanya meluahkan perasaan geram dengan kedegilan mereka sehingga menyebabkan mereka terpaksa berputih mata menanggung kerugian.

Itulah orang kata, air tenang jangan disangka tiada buaya. Nampak macam banjir biasa, tapi arus deras dalam tu siapa yang tahu kan. 

Baca: “Bagus brader ni” – Netizen Puji Tindakan Pantas Perakam Video Selamatkan Mangsa Jatuh Motosikal Ketika Banjir

Baca Banjir Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.