in

“Mampu lawan varian Delta” – Indonesia Sasar Hasilkan Vaksin Sendiri Pada 2022, Dinamakan ‘Merah Putih’

Vaksin Merah Putih Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti negara kita, Indonesia turut bergantung kepada vaksin-vaksin yang diperolehi dari luar negara untuk digunakan dalam program pemberian vaksinasi mereka. Namun, mulai tahun hadapan, mereka berkemungkinan bakal menggunakan vaksin hasil keluaran sendiri.


Melalui kerjasama Universiti Airlangga (Unair) dan PT Biotis Pharmaceutical Indonesia, menurut laporan media, vaksin yang diberi nama ‘Merah Putih’ ini telah diluluskan oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan(BPOM) untuk dijalankan kajian menyeluruh serta ujian klinikal selanjutnya.

Difahamkan, ujian keatas haiwan telah selesai dilaksanakan manakala ujian klinikal terhadap manusia bakal diadakan setelah kelulusan kegunaan sewaktu kecemasan (EUA) diperolehi dari BPOM menjelang 2022.

Penny Lukito Merah Putih Vaksin

Menurut Pengarah BPOM, Penny Lukito berkata, kelulusan EUA akan diperolehi pada suku pertama tahun 2022.

“Vaksin Merah Putih ini merupakan 100 peratus hasil karya para penyelidik Indonesia, bermula dari proses penyelidikan, proses rumusan, penghasilan dan pengisian, semuanya dilakukan di Indonesia” – Penny Lukito

BPOM akan turut membantu pengembangan vaksin Merah Putih ini selain melakukan pengawalan terhadap regulasi antarabangsa dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan vaksin tersebut, kata Penny lagi.

Vasksin Merah Putih

Lebih menarik, vaksin yang menggunakan inactivated virus ini difahamkan berjaya menunjukkan daya ketahanan imun yang baik terhadap varian Delta yang kini menjadi punca peningkatan kes di banyak negara selain turut melanda Indonesia pada pertengahan 2021 lalu.

Sejak program vaksinasi secara besar-besaran dimulakan di Indonesia pada pertengahan Januari tahun ini, seramai 29 juta orang diberitakan telah menerima 2 dos vaksinasi lengkap. Ini menjadikan jumlah mereka yang telah lengkap divaksin di Indonesia sebanyak 12.3 peratus.

Difahamkan, Indonesia mensasarkan 70% daripada rakyat negara berkenaan perlu menerima dos lengkap dalam usaha untuk mencapai imunisasi kelompok menjelang 2022.

Boleh jealous tak dengan perkembangan berita ini? 

Baca : Seram! Lelaki Dakwa Jenguk Kawan Sakit Dekat Hospital Yang Rupanya Kosong Sejak 2013

Fi Lelaki Tidur Hospital Kosong

 

 

Sumber: Kompas
Sumber: Tempo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.