in

Seram! Lelaki Dakwa Jenguk Kawan Sakit Dekat Hospital Yang Rupanya Kosong Sejak 2013

Fi Lelaki Tidur Hospital Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang dengar cerita, bila ada seseorang ni kata dia pergi ke suatu tempat tu padahal tempat yang dimaksudkan tu dah lama tutup atau erti kata lain dah ‘tiada’ lagi?


Namun, itu lah yang dialami oleh seorang lelaki daripada Indonesia ini apabila dia ‘menginap’ di sebuah hospital yang secara rasminya tutup sejak lebih dari 5 tahun lalu.

 

Dapat call dari kawan

Baru-baru ini, kisah seram yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini mendapat perhatian warganet di media sosial.

Lelaki tersebut yang berasal daripada daerah Bandung Indonesia, memberitahu dia dapat call daripada kawannya berasal dari Jawa Tengah yang mengatakan dia tengah sakit. Jadinya dia minta lelaki tersebut untuk lawatnya di hospital.

Oleh itu, dia pun berangkatlah ke hospital dikenali sebagai Rumah Sakit Kristian (RSK) Tayu dan turut menginap di hospital tersebut.

Lelaki Tidur Hospital Kosong 2

 

Hospital dah tutup lama

Namun apa yang menyeramkan, RSK Tayu dimaklumkan dah tutup sejak tahun 2013 lagi bermakna tahun ni dah masuk 8 tahun ia rasmi ditutup. Dia juga memaklumkan, dia mula menginap di situ sejak hari selasa 10 Ogos yang lalu.

Menerusi sebuah video yang tular di Instagram, orang ramai yang mendengar kisahnya itu meminta dia untuk telefon balik nombor kawannya itu. Tapi bila dia buat, nombor tu katanya dah tak aktif lagi. Habistu siapa yang call dia?

Lelaki Tidur Hospital Kosong 3

 

Dibina pada tahun 1930-an… Terpaksa tutup sebab krisis terjadi

Menurut IDN Times, RSK Tayu ni dah dibangunkan pada tahun 1933 lagi dan sejak itu ia menjadi salah satu hospital utama di untuk pesakit  di wilayah Pati Utara.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2013 RSK Tayu mengalami krisis dalaman sehingga ia terpaksa tutup sebab dah tak mampu untuk membayar petugas kesihatan di sana lagi.

Sejak ditutup, banyak kisah misteri yang telah dikongsikan masyarakat setempat berkenaan RSK Tayu ini.

Lelaki Tidur Hospital Kosong 4

Pun begitu, kesahihan kisah lelaki tersebut masih menjadi tanda tanya namun ia mendapat perhatian meluas dari netizen.

Bila dia kata sempat tidur dekat sana tu.. Uihhh seram..

 

Baca : [VIDEO] Seram! Anak Main Telefon, Wanita Terkejut Nampak ‘Kelibat Misteri’ Belakang Anak

Foot Lelaki Tidur Hospital Kosong

Sumber: IDN TIMES
Sumber: IDN TIMES
Sumber: IDN TIMES

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.