Ketika ini, pasukan penyelamat dan beberapa kumpulan sukarelawan masih lagi giat melakukan operasi penyelamatan rakyat Malaysia yang masih lagi terkandas di Hatyai, Thailand susulan banjir yang melanda wilayah itu.
Dalam pada kumpulan penyelamat ini tidak menghiraukan penat lelah membantu mangsa banjir, seorang sukarelawan yang dikenali sebagai Mohd Amir Faizal meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia di sana.
Mohd Amir menyatakan rasa malu apabila ada yang selamba membuang sampah di tempat yang bukan sepatutnya ketika beredar dari lokasi.
“Aku sebagai orang Malaysia pun rasa sedih sangat, pasai masa susah depa mai minta tolong kita. Tapi bila depa dah senang, dah boleh balik, depa tinggal sampah macam ni.
“Inilah perangai bila orang dah senang. Hampa minum tak habis, tinggal botol.. pampers pun hampa campak merata.
“Orang bagi makan elok-elok, tapi hampa tinggal sampah. Tak kira apa bangsa, walaupun bukan semua, tapi ni sampah dari orang Malaysia.”
Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: Sukarelawan Kongsi Video Warga Malaysia Terpaksa Bersesak Naik Lori
Artikel berkaitan: Sukarelawan Terkedu Mangsa Banjir Di Hatyai Tidak Mahu Diselamatkan Sebab Belum Waktu ‘Check-out’

Menurut Mohd Amir, sudah banyak kali dia memberi teguran mengenai perkara itu namun tidak diendahkan.
“Aku malu dengan orang Thailand. Depa terpaksa upah orang mai sapu sampah yang kita tinggal. Tolonglah, jangan bagi orang Thailand tengok kita ni buruk,” keluahnya dalam satu sesi live di Facebook.
Dalam video itu, dapat dilihat bekas air yang tidak habis ditinggalkan, bungkusan makanan dan minuman terbiar, serta lampin terpakai sengaja dibuang di kawasan terbuka.

Dia turut menunjukkan pekerja pembersihan Thailand sedang mengutip segala sampah-sarap yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia.
Sumber: Facebook
