in

“Mallathon, bukan marathon”- Orang Ramai Di Dubai Sertai Larian Dalam Pusat Beli Belah Kerana Cuaca Panas

Pusat Beli Belah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui cuaca panas boleh menyukarkan aktiviti bersenam kerana berisiko menyebabkan strok haba dan dehidrasi.

Disebabkan itu, orang ramai di Dubai memilih untuk menyertai aktiviti larian di dalam bangunan, khususnya di pusat beli-belah.


Difahamkan, suhu di sana ketika bulan Ogos di negara tersebut boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius!

Menurut laporan France24, acara larian itu di dalam pusat beli belah itu dinamakan Mallathon, hasil daripada gabungan perkatan Marathon dan mall (pusat beli belah).

Difahamkan, aktiviti larian itu diadakan pada jam 7 pagi sehingga 10 pagi, iaitu sebelum waktu pusat beli belah dibuka untuk orang ramai membeli belah.

mallathon

Artikel Berkaitan: “Bukan sebab air panas” – Cermin Kereta Wanita Ini Retak Gara-gara Air Tembikai

Artikel berkaitan: “Kagum sekejap” – Nenek 52 Tahun Berjaya Tamatkan Ultra Maraton Sejauh 120KM

Jadi, tidak mengganggu pengunjung mall yang nak shopping. 

Pada waktu hujung minggu, difahamkan, peserta boleh sertai acara larian 10km, 5km atau 2.5km yang dianjurkan di pusat beli belah tertentu di Dubai.

Inisiatif ini telah menggalakkan orang ramai untuk tetap bersenam dan kekal aktif meskipun ketika musim panas.

Terkini, acara Dubai Mallathon juga difahamkan telah mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record kerana berjaya mengumpul seramai 40,000 orang peserta, lapor Time Out Dubai.

dubai mallathon

Sumber: France24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.