in

”Malaysia bila lagi?”- Netizen Mahu Malaysia Raikan ‘Hari Malas Sedunia’ Seperti di Colombia

Colo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahukah anda bahawa Hari Malas Sedunia diraikan setiap Ogos?


Baru-baru ini, penduduk di Colombia telah meraikan hari berkenaan di sepanjang jalan bagi mengingatkan orang ramai bahawa ‘tekanan boleh membawa maut’.

Screen Shot 2019 08 24 At 10.17.53 Am
Sumber: elite readers

Sehingga kini, Colombia meraikan Hari Malas Sedunia pada tanggal 10 Ogos setiap tahun bagi memberi peluang kepada penduduknya berehat dan menghilangkan tekanan kerja.

Tidak hanya melibatkan sesetengah tempat, malah negara yang mempunyai 32 daerah ini menyambutnya secara besar besaran dengan berhimpun di jalan raya serta menunjukkan aksi malas.

Screenshot 2019 08 23 At 12 04 32 Pm
Sumber: elite readers

Mereka turut membawa katil, bantal, selimut dengan berbaju tidur serta berborak antara satu sama lain semata-mata untuk bermalas-malasan serta diiringi muzik seperti jazz, hip hop dan lain-lain.

Screenshot 2019 08 23 At 12 04 38 Pm
Sumber: elite readers

Menurut elitreaders.com, sambutan berkenaan dilaporkan bermula sejak 1985 untuk menggalakkan penduduknya berehat daripada kerja untuk seketika.

Rata-rata netizen turut mahukan ‘Hari Malas Sedunia’ diraikan di Malaysia. Hmm apa pendapat korang?

Baca: “Kau yang malas” – Bengang Kena Marah Sebab Tak Basuh Pinggang, Lelaki Kelar Housemate Dengan Parang

Screen Shot 2019 08 24 At 11.00.07 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.