TikTok merupakan platform sosial media ke-6 paling popular di dunia menurut ranking mengikut jumlah pengguna yang dikeluarkan oleh HootSuite. Di Malaysia, ia merupakan aplikasi kedua paling banyak dimuat turun dan mempunyai 4 juta pengguna dengan majoriti berumur dibawah 30 tahun.
Tak dinafikan, pengaruh yang dibawakan oleh TikTok amat besar kerana ia mudah untuk digunakan selain durasi video yang boleh dilihat dalam tempoh yang sekejap dan pantas.
Kalau korang biasa menggunakan aplikasi ini, pastinya tahu ada sesetengah lagu terlebih dahulu terkenal di platform ini sebelum memasuki corong radio dan ada juga lagu-lagu dari rantau lain yang dipopularkan kerana TikTok.
https://www.instagram.com/p/Cg_rWbtoNkQ/?hl=en
Salah satu contoh adalah lagu ‘Eta Lyubov’ yang dibawakan oleh Amirchik, penyanyi berusia 18 tahun dan berasal dari Bishkek, Kyrgyzstan yang menjadi sensasi selepas ramai menggunakan versi akustik nyanyiannya untuk digunakan dalam video.
Lebih menarik, video muzik rasmi yang dimuat naik oleh akaun YouTube penyanyi ini mempunyai ‘terjemahan’ bahasa Melayu yang sebenarnya merupakan versi ‘parodi’ yang dibuat oleh pengguna TikTok dipercayai dari Malaysia. Ini kerana ‘terjemahan’ berkenaan berbunyi :
“Eh terlupo, sama Akmal,
Mintak hutang, yap bodoh piang.
Miskin harto si bapak kau,
Tinggi mayat tinggi mayat”
Pada awalnya, min pun ingat muzik video berkenaan telah diedit, namun setelah melihatnya sendiri, ia ternyata versi yang sebenar dengan ‘terjemahan’ tersebut.
Pun begitu, menurut perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan yang difahamkan pernal menetap di salah sebuah kawasan bekas jajahan Ukraine di Russia, dia yang memahami bahasa lagu berkenaan telah mendedahkan maksud sebenar di sebalik lagu ‘Bodoh Piang’ ini.
“Mungkin ada yang tahu, dan ada yang tidak bahawa lirik korus lagu itu mengandungi sedikit perkara yang tidak elok untuk kita nyanyikan. Kalau boleh, elakkan nyanyi korus lagu itu.
“Korusnya berbunyi:
Eta lyubov’ samaabman
I da utra ya budu pʹyan
Viski – narkoz i v ablaka
Ty ne maeya, ty ne maeya
“Maksudnya, Cinta ini, adalah tipu daya (diriku) sendiri. Dan sehingga pagi ku kan (akan) mabuk. Wiski – narkos, dan ke awan. Kau bukan milikku, kau bukan milikku.
“Nampak tak kenapa saya kata tak elok? ‘Ya budu p’yan’ yang selalu ‘dijadikan parodi oleh orang kita sebagai bodoh piang,” titipnya.
Menurutnya lagi, rangkap yang sering diulang sebut dalam korus itu membawa maksud yang salah dan ianya bukan satu jenaka yang dibuat olehnya.
Dalam masa yang sama Dr Kamarul turut mengingatkan bahawa rangkap tersebut tidak elok untuk dinyanyikan berulang-ulang. Namun, dia tetap menyerahkan kepada pengguna untuk menimbang baik buruk penggunaan lagu tersebut.
Baca : “Propa je kan?” – Netizen Perli Aliff Syukri, Baru 4 Hari Deactivate IG Dah Muat Naik Video Baru