Bila bercakap soal politik, tak ramai di kalangan artis yang lantang bersuara mengenai hal tersebut.
Tapi baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Keliru, Nourul Wahab Depp telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter terhadap seorang menteri yang baru dilantik beberapa hari lepas.
Menerusi tweetnya yang telah dipadam, Nourul menyatakan pendapatnya terhadap pembangunan di Kuala Lumpur yang dikatakan terlalu padat hingga menyebabkan naiknya kes denggi di ibu negara ini.
Namun pendapatnya itu telah disalurkan terhadap menteri yang salah iaitu Datuk Seri Masidi Manjun yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi negeri Sabah.
Bagi yang tak tahu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia ialah YB Zuraida Kamaruddin.
Susulan daripada kejadian itu, Nourul telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang menganggap dia tidak cakna soal politik negara.
“Bila kami tersalah faham. Maklumlah tak ikut politik”
Walau bagaimanapun, setelah ditegur di DM oleh beberapa orang netizen berkenaan hal tersebut, Nourul tersedar akan kesalahannya dan memadam tweet tersebut.
Dia kemudian memuat naik tweet baru yang menjelaskan bahawa dia salah faham dan tidak begitu mengikuti isu-isu politik sangat.
Namun apa yang buat dia tak puas hati adalah sikap netizen yang tak beradab dalam menegurnya berkenaan isu itu. Siap ada yang cakap Nourul b*d*h lagi. Aiyooo…
Macam manapun isunya telah selesai dan admin harap dengan cara begini sampailah aduan Nourul kepada menteri yang berwajib. Apa-apapun netizen kat luar sana janganlah mengecam teruk sangat walaupun memang individu tersebut salah.
Takut admin nak komen bab politik. Nanti tersalah fakta habis kena kecam!