in

“Seronoknya dia jamah makanan tu” – [VIDEO] Viral Tikus Makan Makanan Dalam Tray Dekat Kedai Mamak Di Cheras

Featured Image Tetikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut kedai makan mamak, mesti ramai yang sedia maklum bahawa kebanyakan daripada kedai itu menyediakan perkhidmatan sepanjang 24 jam.


Pelbagai juga menu yang di tawarkan sehingga boleh di katakan hampir semua rakyat Malaysia gemar untuk makan dan melepak di kedai mamak.

Baru-baru ni, tular di laman Facebook mengenai seekor tikus yang berjaya di rakam sedang makan makanan didalam tray di kedai mamak yang masih beroperasi pada ketika itu.

:. Nak di jadikan cerita.. Dalam pukul 3am tadi aku dan member lain makan kat salah satu Mamak di Area Bdr Tun Razak….

Posted by Man Isaac on Tuesday, January 14, 2020

Menurut @Man Isaac individu yang memuat naik video tersebut, kejadian ini berlaku sewaktu dia dan kawan-kawan sedang melepak di kedai mamak sekitar jam 3 pagi.

“Time aku ke tandas member perasan ada sekor tikus terus naik dan makan makanan yang di letakan dalam bekas tu. Ngam aku keluar tandas, diaorang bagitau aku ada tikus tu” katanya.

Kejadian ini dikatakan berlaku di kedai mamak dekat kawasan Bandar Tun Razak di ibu negara.

Dalam video tersebut, kelihatan seekor tikus dewasa sedang asyik makan makanan yang dalam tray dengan begitu sahaja.

Makanan yang terdedah itu lebih memudahkan tikus tersebut untuk mencuri makanan di situ. Tikus itu segera beredar selepas lelaki dalam video ini menghalaunya.

“Korang bayangkan tikus tu masuk dalam bekas makanan yang terang-terang dekat bahagian depan kedai pun staff tak nampak. Macam mana pulak yang di bahagian dapur yang lagi-lagi lah kita tak nampak.” Katanya.

Tambahnya lagi, selepas berlakunya kejadian itu, dia sempat memarahi pekerja di kedai tersebut yang mana mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Alamak, besarnya tikus tu. Macam anak kucing pun ada.

 

Baca: Ada Najis, Air Kencing Tikus & Lipas, Kedai Nasi Kandar Popular Di Penang Diarah Tutup

Kkh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.