in

Makan Hati Ditegur Kerap ‘Lepak’ Di Kawasan Asrama Wanita, Duda Nekad Tikam Kiai Sekolah Pondok

Tikam Kiai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat tidak puas hati, seorang lelaki bertindak nekad menikam seorang kiai sekolah pondok selepas dia kerap ditegur kerana sering berada di kawasan asrama perempuan.


553 E1645324676322

Memetik laporan Kompas, insiden terbabit berlaku di negara jiran, Indonesia dimana suspek yang hanya dikenali sebagai D-M, 34, pada mulanya mengaku dia tidak menyedari telah menikam mangsa, Kiai Affandi Musyafa.

Pun begitu, tertuduh akhirnya mengaku motif disebalik kejadian terbabit adalah kerana dia tak berpuas hati kerana sering ditegur sebab selalu berada di kawasan asrama wanita sekolah pondok.

Tertuduh yang juga merupakan duda dengan dua anak itu ditahan pihak berkuasa ketika cuba untuk melarikan diri ke kampung halamannya.

Hasil siasatan lanjut juga mendedahkan, suspek baru 15 hari tinggal di sekolah pondok milik mangsa. Difahamkan, suspek pertama kali bertemu mangsa di Pasar Sumbermulyo sebelum ditawarkan tempat tinggal ekoran tertuduh tak mempunyai mana-mana saudara di kawasan itu.

Istockphoto 1205992631 612X612 1 E1645324801833
Gambar hiasan

Selain menangkap suspek, polis juga telah berjaya menemukan sebilah pisau yang disyaki digunakan untuk menikam mangsa. Tertuduh kini berdepan tuduhan cubaan membunuh yang membawa kepada hukuman 15 tahun penjara.

Dalam pada itu, mangsa yang cedera di bahagian dagu dan pinggang kini masih menerima rawatan di hospital terdekat.

Sumber: Kompas

Baca: “Selalu dengar bunyi” – [VIDEO] Keluarga India Minta Bantuan Ustaz Lepas Kena Ganggu Makhluk Halus

Page Ustaz E1645323042390

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.