in

“Makan hari-hari pun kena catu” – Bapa Luah Rasa Sebak Sebab Hidup ‘Struggle’ Nak Sara Keluarga

Ft Bapa Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Skeptikal yang kita selalu dengar adalah lelaki kena kuat dan tak boleh menangis, malah tidak nafikan memang memang susah nak lihat lelaki sejati menangis atau kelihatan down. 

Tetapi sebagai manusia biasa, mustahil kalau mereka juga tidak sedih dan menangis, ada kalanya hati mereka jauh lebih berkecamuk, cuma tak ditunjuk sahaja. Dalam satu temubual seorang lelaki yang dikenali sebagai Bob dengan Zayan FM ini, jelas terpancar kesedihan yang dipendam.


Artikel berkaitan : Lelaki Sedih Kena Sisih Dengan Kawan Universiti Hanya Sebab Asal Dari Kelantan

Artikel berkaitan : Sebak Tengok Anak Sedih Kena Pindah Sekolah, Ibu Bapa Hadiahkan Smiggle Buat Kawan-kawan

Bob kini dalam dugaan untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak. Luahnya, dia kini memang tak ada duit kerana sudah membayar yuran anak-anak yang mencecah ribuan ringgit, katanya, dia sampai terpaksa meminjam wang daripada orang lain.

“Saya punya pekerjaan sekarang ini freelancelah, saya punya gaji tu kadang-kadang, bukan kadang-kadang lah, hari-hari tak cukup.”

Katanya, isterinya begitu banyak membantu dirinya, malah dia rasa begitu sedih tidak dapat memberikan kesenangan kepada isteri dan anak sampaikan terpaksa menipu.

Jadi, mungkin disebabkan dah rasa terlalu berat dengan dugaan dan bebanan ini, dia meminta ustaz untuk tenangkan semula hatinya untuk kembali kuat dalam mengharungi ujian Allah kerana dia merasa dirinya tidak berguna.

@zayan.my

Bob ; berjuang dengan hidup nya demi keluarga, Isteri dan Anak-anak. Namun sebenarnya sempit dan masih lagi dalam keadaan yang berusaha demi menakafkah anak-anak. #ZAYANshare #Luah #Miskin #Freelance #BukanNamaSebenar

♬ Slow, sad, emotional background.(1288973) – Art Music Style

Menjawab persoalan lelaki itu, ustaz menjelaskan lelaki ini adalah contoh utama yang mana masih wujud lelaki yang mementingkan nafkah anak mereka sehingga sanggup abaikan kesenangan diri.

Jelasnya, lelaki ini adalah contoh dalam satu sirah apabila seorang wanita berjumpa dengan Aisyah untuk minta makan. Namun Aisyah hanya ada sebiji tamar untuk diberikan kepadanya, wanita itu koyakan tamar untuk dibahagi dua sebelum memberi ia kepada dua orang anaknya.

Ya allah, mudah-mudahan abang ni tabah dan ada petunjuk buatnya untuk Aidilfitri ini.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.