in

“Mak, Zara takut terjumpa Kak M” – Rakaman Suara Antara Zara & Ibu Beberapa Hari Sebelum Kejadian

ft zara qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu rakaman suara yang berdurasi 44 saat yang memperdengarkan perbualan antara Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dan ibunya, Noraidah Lamat kini sedang tular di media sosial. Dalam rakaman tersebut, Zara Qairina dikatakan berada dalam ketakutan terhadap seorang pelajar senior yang dikenali sebagai Kak M.

Difahamkan, rakaman tersebut dibuat beberapa hari sebelum insiden Zara Qairina terjatuh dari bangunan asrama.


Artikel berkaitan : Dakwa Tak Ambil Pakaian Zara Sebagai Bukti, Peguam Labelkan Kertas Siastaan Diberikan Ke AGC Tidak Lengkap

Artikel berkaitan : “Kak M cakap takkan maafkan saya” – Peguam Sahkan Rakaman Suara Zara Qairina Yang Tular Adalah Asli

“Mak, Zara takut terjumpa Kak M… dia masih lagi. Haritu (hari itu) Zara minta tolong ada orang ni kan, cuba kau tanyakan dekat adiknya, cuba kau tanyakan dekat si Kak M masih lagikah dia ada masalah dengan aku. Lepas itu, Kak M tu bilang, ‘iya aku masih lagi nda (tidak) maafkan si Zara’, mak.”

Zara Qairina mendakwa bahawa namanya ditulis di satu ruangan dalam bilik Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan ibunya meminta untuk Zara Qairina memadamnya, namun setelah ditanya jika anaknya itu sudah melakukannya, dia menjawab..

“Mak, Zara sudah padam… lepas itu dibuatnya balik.”

Rakaman tersebut memaparkan kebimbangan Zara Qairina terhadap ancaman yang pernah diterimanya.

Screenshot 2025 08 05 123849 1

Kalau aku touch touch kau ni, berdarah-darah kau ni… kalau dia buat, apa jadi?”

Sementara itu, peguam yang mewakili Noraidah iaitu Ismail Hamid dan Shahlan Jufri dalam satu kenyataan pada 1 Ogos lalu mengesahkan bahawa rakaman audio tersebut sah milik Zara dan ibunya, serta memaklumkan satu laporan polis tambahan dibuat di Balai Polis Sipitang berhubung perkara itu pada 30 Julai lalu.

Dalam kenyataan tersebut, Zara pernah memaklumkan bahawa beberapa pelajar senior mengganggunya termasuklah Kak M yang dikatakan pernah ugut mangsa dengan mengatakan,

“Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni.”

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan bahawa kertas siasatan terhadap kematian adik Zara Qairina sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), semalam.

Dalam satu kenyataan berasingan, AGC memaklumkan bahawa pihaknya sudah menerima laporan penuh siasatan awal daripada polis di dua peringkat iaitu pada 3 Ogos daripada Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat Putrajaya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.