in

“Mak tak bagi sentuh kotak tu masa dia hidup” – Lelaki Terkejut Jumpa Mayat Kakak Dalam ‘Freezer’, Simpan Sejak 50 Tahun Lalu

Mayatbayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kalau ahli keluarga kita meninggal mesti kita akan kemas barang-barangnya untuk di buang ataupun disimpan, masa tu pasti kita akan jumpa sesuatu yang menjadi tanda tanya.


Sama lah dengan Adam Smith ni, tapi ‘barang’ yang dia jumpa ni lagi ‘rare’ sebab dia mendapati kotak yang selama ni mak dia simpan dalam freezer tu rupanya mayat bayi.

 

Tak kasi sorang pun sentuh kotak tu

Ceritanya bermula macam ni, lepas dah lama duduk berasingan lelaki berumur 37 ni buat keputusan untuk pindah ke rumah mak dia sebab mak dia menghidapi barah paru-paru sejak 7 bulan lepas.

Namun, sekarang ni mak dia dah meninggal dunia minggu lepas. Jadi, Adam pun nak bersihkan lah rumah dia di setiap sudut termasuklah freezer tu. Dia ternampak ada satu kotak yang dah diletakkan bertahun-tahun kat dalam tu.

Menerusi Fox News, Adam ni memang dah tahu yang mak dia ni ada simpan kotak tu kat dalam freezer, tapi tak tahu apa yang ada kat dalam tu sebab mak dia tak bagi sorang pun yang sentuh kotak tu masa mak dia hidup.

 

Mayat bayi baru lahir

Dalam fikiran dia mungkin kek kahwin atau apa-apa bahan sentimental yang dia nak simpan buat kenangan supaya tak nak bagi ia terjejas.

Mak dia juga tetap bawa, simpan dan jaga kotak tu walaupun diaorang dah pindah rumah sampai 4 kali, rumah yang sekarang ni dia dah tinggal 25 tahun dah.

Bila mak dia dah tak ada, Adam pun nak buka lah kotak tu dari freezer, mula-mula dia nampak ada selimut bayi warna merah jambu, lepas dia geledah lagi dalam kotak tu dia rasa macam ada kaki bayi, bila dia tarik je, memang mayat bayi baru lahir kat dalam tu! What?!

 

Bayi tu nampak bersih je, tak ada darah pun, nampak macam newborn baby. “

Adam terus call polis datang ke rumah. Menurut Adam, dia syak yang bayi tu merupakan kakak dia sebab dia teringat yang mak dia pernah bagitau yang dia ada adik beradik lain yang dah meninggal dunia masa baru lahir dulu.

Lepas tu, mak cik dia pun pernah bagi tahu yang anak mak dia dulu ada lahirkan bayi kembar, satu dah meninggal dan satu lagi diberikan kepada keluarga angkat.

Terkejut dengan ‘peninggalan’ mak dia. macam-macam teori bermain di fikiran Adam, sampai dia teringat yang mak dia pernah beritahu sesuatu masa dia kecil-kecil dulu.

 

Masa saya kecil-kecil dulu, mak bagi tahu saya anak pertama dia nama Jennifer mesti dah berumur 21 sekarang. Jadi kalau lah itu memang betul Jennifer, mungkin dia dah simpan bayi tu sampai 50 tahun”

Tapi anak mana lah yang nak percaya kalau mak sendiri buat perkara yang diluar tabii kan?

“Siapalah yang nak simpan anak sendiri dalam kotak lepastu nak rahsiakan? Saya memang terkedu  sekarang, tak dapat nak fikir”

Bagaimanapun, Adam serahkan hal ini kepada pihak bedah siasat sepenuhnya. Jika bayi tu pernah hidup, dia mungkin pernah buat apa-apa pada bayi tu.

Tambah Adam lagi, apa yang di jumpa ni memang tak dapat nak buat apa-apa sebab dah terlewat nak tahu cerita sebenar memandangkan mak dia dah tak ada.

 

Baca : Ayah Bunuh Anak 5 Tahun Sebelum Bakar Mayat Dalam Oven & Suruh Anak Lelaki Pakai Baju Perempuan Sebab…

Bmayat

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.