Bila kita terlihat orang yang tak dapat apa-apa pada hari yang diraikan khusus untuknya, pasti kita akan rasa kesian dengan dia kan? Apatah lagi kalau orang itu adalah ibu kita sendiri.
Ibu kepada pengguna TikTok ini merupakan seorang guru, seperti yang kita sedia maklum 16 Mei lepas merupakan Hari Guru, pastinya setiap sekolah akan meraikannya.
“Hurm x dpt lgsung pun hadiah sbb mak cikgu pemulihan kot, org x igt.”
Video yang dikongsikan ini telah meraih lebih daripada 200K jumlah tontonan dalam masa sehari, waktu itu si anak dilihat seperti sedang ambil ibunya baru pulang dari sekolah dan difahamkan ianya pada hari guru.
Dilihat ibunya bawa bungkus banyak makanan dan menurut si anak ini, ibunya akan melakukan perkara sedemikian setiap kali pada hari guru.
“Mak cakap kalau tak dapat hadiah dari murid tak apalah, janji dapat bawa makanan lebih-lebih dari sekolah.”
Lebih sebak lagi, si anak ini menjelaskan bahawa cikgu-cikgu lain banyak dapat hadiah daripada murid dan ibunya hanya melihat sahaja.
Tambahnya, ibunya memang jarang dapat hadiah daripada murid, apabila ditanya ibunya hanya menjawab…
“Hurm tak dapat langsung pun hadiah sebab mak cikgu pemulihan kot, orang tak ingat.”
https://www.tiktok.com/@hatelove_97/video/7098334411719970075?_t=8SPTUKYIDNi&_r=1
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak apabila melihatnya dan netizen tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada cikgu ini.
Bagaimanapun, individu ini menjelaskan bahawa ibunya memang tak mengharapkan pun hadiah daripada murid dan ibunya tidak sedih langsung. Mungkin anak je kot yang sebak, sebab kita yang tengok dari jauh pun rasa kesian.
Terima kasih atas pengorbanan – Netizen
Dalam posting video lain, perkara ini telah sampai ke pengetahuan ibunya dan baca satu persatu setiap ucapan yang netizen berikan. Dilihat ibunya ada baca komen ucapan penghargaan daripada seorang ibu yang mempunyai anak ‘istimewa’ memandangkan dia cikgu pemulihan.
https://www.tiktok.com/@hatelove_97/video/7098674657301171482?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Ikhlas buat kerja, insyaallah akan ada perkara yang lebih baik akan datang. Biarpun identiti, lokasi sekolah tidak dikenal pasti, Team Lobak Merah ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu ini, terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan cikgu mendidik anak-anak murid.